Home / Artikel / Gempar! Datuk Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan

Gempar! Datuk Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan

Artis Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Menurut BH Online, hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid, 38, memilih berdiam diri sedangkan tertuduh sepatutnya tampil untuk membela diri.

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya.

Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Serentak itu Farid Kamil dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia