Home / Artikel / (Gambar) Bila Ada ‘Sale’, Hilang Sifat Ketimuran Dan Adab Orang Malaysia, Habis Berterabur Barang Tak Suka Atas Lantai

(Gambar) Bila Ada ‘Sale’, Hilang Sifat Ketimuran Dan Adab Orang Malaysia, Habis Berterabur Barang Tak Suka Atas Lantai

Sale! adalah kata yang sangat ditunggu oleh rakyat Malaysia terutama terutama di musim perayaan, ramai orang akan berbondong-bondong memenuhi ruang di pusat perbelanjaan.

Ini adalah berita baik yang disambut ramai, satu inisiatif pihak penjual yang ingin meringankan beban pengguna, namun bagi orang banyak pula apa mereka lakukan untuk meringankan beban perniaga pula?

Seperti dibagikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Farah Amin apa yang terjadi di sebuah pusat perbelanjaan terkenal yang mengadakan 'sale', hilang terus nilai orang timur yang ada pada kita, mana tidaknya, suasana di dalam mall berkenaan macam tongkang pecah.

Barang-barang yang mereka tak suka habus berterabur atas lantai, baju yang mereka tak suka dibiarkan tersebar merata-rata.

Jom kita baca.

Aku tahu H & M tengah sales gila2. Tapi korang kalau pergi shopping tu jadi lah pembeli yang berhemah sikit. Aku pergi H & M tadi ya Allah kesian wey.


Memang dah nama pon keje dia tp pikir la jugak. Staff tu pon manusia, puasa lagi. Sama je mcm kita. Bukan binatang kau nak panggil woi woi tolong amik baju.


Tak cukup tangan budak tu nak layan org ni org tu. Semua tak reti sabar. Kalau dah nampak mcm tu punya banyak manusia, please consider. Self service atau pon sabar kejap. Staff harus tolong. Nak bayar tolong antrian.


Reminder utk mak ayah yang nak shoping barang2 anak. Fitting room ade pergi la try. Ni kau try kt floor dah satu hal, lepastu bila taknak, kau tinggal je kt lantai macam tu je.



Macam kat rumah kau buat. Kau dah jadi mak bapak kot. Takkan lah takbole pikir adab. Bila staff kerek ke takde mood ke kau marah pulak staff tu. Padahal org tu da penat kemas kasi elok nak kasi senang semua org shopping.


Tapi kauorang shopping mcm takde akal. Sabar. Tak hilang pn H & M tu. Tak sempat harini, esuk datang lagi. Rasa malas nak beratur sbb ramai sangat kt fitting room? Beli dulu. Balik rumah try. Tak ngam bole tukar. H & M ade exchange & return policy. Bole baca kt website H & M. Tolong educate diri sebelom pergi shopping.


Kau tahu pukul 10 mall tutup, jangan lah dtg pukul 10. Staff pon ade rumah nak balik makan, mandi , istirahat. Tak kisah la mana2 pon kau nak shoping selain H & M. Tolong jaga adab.

Rilekslah.my

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia