Home / Artikel / Gadis Stress Diganggu Ah Long!

Gadis Stress Diganggu Ah Long!

Macam mana sesak dari segi kewangan sekalipun janganlah pandai-pandai nak meminjam dengan Ah Long. Bila dah tak terbayar hutang dengan bunga-bunganya, takut korang jadi macam kes kat bawah ni. Tak pasal-pasal menyusahkan orang yang tak ada kena mengena pulak!

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang gadis meluahkan rasa takutnya apabila ada individu menggunakan alamat rumah sewa yang dia duduk sekarang dan beri ia kepada Ah Long. 

“Muda-muda dah pinjam Ah Long. Pinjam Ah Long pakai alamat rumah orang lain” 

Menurut gadis yang dikenali sebagai Adha ni, dek kerana perangai penyewa sebelum ni yang beri alamat rumah yang disewanya kepada Ah Long, tak pasal-pasal pulak dia terpaksa menanggung ketakutan. Dia berharap agar peminjam terbabit dapat dijumpai dan bertanggungjawab atas masalah yang telah dilakukannya.

Pun begitu, Adha juga sudah pun membuat laporan polis untuk melindungi diri sendiri kalaulah pihak Ah Long tersebut menyerangnya tak tentu pasal. Orang lain yang hutang, orang lain pulak ye kena tanggung! Aduhai!

Sumber: Twitter

“Dari Kelantan lahir tahun 1993. If you know, please let me know” 

Sumber: Twitter

“Jahatnya Ah Long ni, dia pergi ambil fius elektrik 2 kali dah…. Hari ni tempat kunci kena cabut.” 

Sumber: Twitter

“Baik pindah sementara… diorang macam-macam boleh buat. Bertindaklah sekarang” 

Rata-rata netizen yang membaca tweet Adha ni sangat bersimpati dan takut dengan apa yang menimpa dirinya. Kebanyakannya beri nasihat supaya berpindah ke tempat lain atau minta tolong dengan jiran dan polis kalau Ah Long tersebut mula bertindak agresif.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Apa-apapun diharapkan masalah yang dihadapi mangsa ni dapatlah diselesaikan dengan baik. Takut jugak kena ugut-ugut macam tu. Kalau admin dah lama dah menyewa kat tempat lain. Macam mana pun, kalau korang kenal dengan gadis yang dinyatakan mangsa tu, inform dia supaya setelkan masalah ni cepat-cepat. sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia