Home / Artikel / Foto Apartment Mewah Jho Low Di Serbu SPRM Tersebar

Foto Apartment Mewah Jho Low Di Serbu SPRM Tersebar

SPRM hari ini menyerbu unit apartmen servis yang didakwa milik Jho Low berhampiran di KLCC, ibu negara.

Menurut portal The Star Online, serbuan itu adalah hasil maklumat yang tidak dinamakan.Laporan yang memetik sumber itu mendakwa tiada barangan signifikan ditemui semasa serbuan yang bermula jam 2 petang dan berakhir empat jam kemudian.

Berdasarkan foto-foto serbuan yang diperolehi oleh Malaysiakini, unit itu tidak diduduki dan dijadikan sebagai sebuah pejabat kecil.

Difahamkan bahawa SPRM terpaksa memecah masuk ke unit berkenaan sebelum menjumpai beberapa ikatan wang tunai RM100, mesin memotong kertas, papan putih dan mesin fotokopi.

Sementara itu, Press China, yang juga memetik sumber, mendakwa bahawa hasil maklumat datang daripada bekas pegawai Datuk Seri Najib Razak yang ditahan berhubung siasatan 1MDB awal minggu ini.

Menurut iproperty.com.my, harga purata untuk hartanah itu adalah RM3 juta manakala harga sewa pula adalah RM7,000.

Inilah premis ketujuh yang diserbu berkaitan dengan siasatan 1MDB.

Sebelum ini, enam hartanah yang diserbu oleh polis juga dikaitkan dengan Najib
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia