Home / Artikel / Fakta-fakta Tentang Tragedi Tembakan Masjid Christchurch, New Zealand

Fakta-fakta Tentang Tragedi Tembakan Masjid Christchurch, New Zealand

Wajah salah seorang yang disyaki suspek!

Masyarakat dunia dikejutkan dengan tragedi serangan pengganas ke atas orang Islam di masjid Christchurch, New Zealand yang kini mengorbankan 49 mangsa.

Berikut antara fakta-fakta yang dikutip daripada laporan media.

  • Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 petang, dimana 2 lelaki bersenjata telah menyerang 2 buah masjid di Christchurch, New Zealand.
  • Serangan yang kini meragut 49 nyawa dan 48 lagi mangsa parah.
  • Salah satu masjid lokasi serangan ialah masjid Masjid Al Noor yang sesak dengan jemaah yang datang untuk solat Jumaat.
  • Salah seorang suspek dilapor berusia 28 tahun, seorang warga negara Australia.
  • Saksi menyatakan lebih 100 tembakan dilepaslan dari senjata semi-automatik yang digunakan.
  • Melalui laman Twitter, identiti suspek dikenali sebagai Brenton Tarrant yang telah menyiarkan secara langsung tembakan.
  • Suspek telah membuat hantaran ‘manifesto 87 halaman’ ke Twitter sebelum pembunuhan dan menggambarkan aksi mereka sebagai ‘serangan teroris’.
  • Sebuah bom ditemukan di sebuah kereta tiga kilometer dari masjid.
  • Video mengerikan yang disiarkan di Facebook menunjukkan suspek telah melepaskan lebih dari 100 tembakan ke arah mangsa-mangsa di dalam masjid dan sempat mengisi semula peluru senjata yang digunakan.

  • Senjatan turut ditulis dengan nama-nama tragedi pembunuh masa lalu dan tempat-tempat tembakan yang berlaku.
  • Suspek menembak menggunakan salah satu daripada 6 senjata yang tersimpan dalam keretanya.
  • Menurutt manifesto yang disiarkan, suspek terinspirasi untuk melakukan jenayah itu dari tragedi tembakan lain termasuk Anders Breivik yang mengorbankan 77 orang di Oslo, Norwegia pada 2011.
  • Suspek menyatakan yang dia ‘tidak menyukai’ orang Islam dan membenci mereka yang telah berpindah agama dengan menyebut mereka ‘pengkhianat darah’.
  • Suspek menyatakan dia awalnya ingin menyasarkan masjid di Dunedin, selatan Christchurch namun apabila melihat masjid di Christchurch dan Linwood yang diubahsuai dari gereja, rancangannya berubah.
  • Suspek juga menyatakan dia termotivasi untuk melakukan serangan selepas kematian pelajar sekolah Ebba Akerlund, seorang gadis yang terbunuh dalam serangan pengganas di Stockholm pada April 2017.
  • Suspek menyatakan dia adalah pendukung Donald Trump sebagai ‘simbol identiti kulit putih yang diperbarui dan tujuan bersama’.
  • Suspek juga menyatakan New Zealand bukan ‘pilihan awal’ untuk serangan namun memilih untuk menyatakan bahawa tidak ada tempat yang aman di dunia ini.
  • Suspek turut berkongsi senjata dan peralatan gaya militan di akaun Twitternya. Akaun Twitter telah dihapuskan setelah serangan.
  • Pihak polis mengesahkan tiga lelaki dan seorang wanita kini ditahan.



sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia