Home / Keluarga / Fahamkan 11 Cara Merahkan Bibir Elak Jadi Gelap. Confirm Boleh Buat Orang Jealous!

Fahamkan 11 Cara Merahkan Bibir Elak Jadi Gelap. Confirm Boleh Buat Orang Jealous!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Memiliki bibir yang merah menawan menjadi daya tarikan tersendiri bagi seseorang wanita. Pasti bila memiliki bibir bak delima merekah membuatkan wanita tampil cantik sempurna dan sekali gus menjadikan lebih berkeyakinan.

Pelbagai cara dapat dilakukan untuk membuatkan bibir menjadi merah merekah, salah satu yang biasa dilakukan adalah dengan menggunakan gincu. Namun cara ini tidak bersifat kekal, malah jika tidak serasi dengan lisptik yang digunakan akan menjadi penyebab masalah bibir lebih teruk. Bukan sahaja bibir terlihat lebam malah kering.

Oleh itu, alangkah lebih baik dan selamat anda menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memerahkan bibir. Biarpun kesannya tidak terlihat serta-merta namun jika konsisten anda pasti berpuas hati.

Berikut adalah 11 cara memerahkan bibir yang boleh anda amalkan agar bibir anda tampak merah, cerah dan lebih sihat. Selamat mencuba!

  1. CAMPURAN LEMON DAN MADU

Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.

Lakukan langkah di bawah:
• 1/2 sudu jus lemon.
• Tambahkan madu.
• Sedikit gliserin ( kalau tak ada, guna gula kasar ).
• Gaul sekata dan oles pada bibir.

Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara.

  1. UBAT GIGI + BERUS GIGI

Kedengaran macam pelik bukan? Tapi memang berhasil jika diamalkan. Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub. Oleskan sedikit pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. Kemudian gosoklah dengan perlahan menggunakan berus gigi yang lembut untuk membersihkan bibir. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan  menjadikan bibir lebih menawan.

  1. GULA

Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran. Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran.

Ini cara membuat scrub bibir:

Bahan-bahan:

1/2 cawan gula

2ml jeli petroleum (‘vaseline’)

Jika tiada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam buat gerakan membulat pada keseluruhan bibir selama 3-4 minit. Bilas apabila kering.

  1. BUAH-BUAHAN SEGAR

Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.

Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.

  1. BIT MERAH

Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semula jadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.

Oleh itu, kisar ubi ini sebelum masuk tidur dan oles pada bibir anda. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir berwarna merah menawan  pada keesokan paginya.

Anda juga boleh mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir anda selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

  1. BANYAKKAN MINUM

Pastikan juga anda minum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan melancarkan pengedaran darah.  Jika badan kurang air, pastinya bibir akan menjadi kering dan mana mungkin bibir merah bak delima merekah dapat anda miliki.

  1. SAPU AIR MAWAR

Rendamkan  kelopak mawar di dalam air dan kemudian ratakan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan setiap kali sebelum tidur.

  1. MENTEGA

Ratakan mentega pada bibir setiap kali hendak tidur. Bibir bukan sahaja menjadi merah semula jadi malah lebih lembut dan tidak kering.

  1. MINYAK ZAITUN

Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada lisptik  anda buat sementara waktu. Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat memelihara keaslian warna bibir anda yang merah berseri.

  1. LIMAU NIPIS

Perahkan limau nipis dan ambil jusnya sebanyak 2-3 sudu kecil. Kemudian bancuh bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari. Dikatakan limau nipis boleh mengurangkan warna gelap pada bibir kerana limau nipis juga kaya dengan vitamin C.

  1. MADU

Madu juga boleh digunakan untuk membuatkan bibir yang gelap menjadi lebih cerah dan merah merekah secara semula jadi. Anda dapat memanfaatkannya dengan cara mengambil sedikit madu asli, kemudian sapukan pada bibir secara merata. Cara ini akan lebih efektif jika diamalkan setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh melakukan cara ini 2-3 kali dalam sehari supaya mendapatkan hasil tona bibir yang lebih menawan.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *