Home / Artikel / Disangka Lelaki, Orang Awam Hanya Pandang Sambil Rakam Wanita Ini Melahirkan Anak Dikhalayak Ramai

Disangka Lelaki, Orang Awam Hanya Pandang Sambil Rakam Wanita Ini Melahirkan Anak Dikhalayak Ramai

Sebagai rakyat yang prihatin, pastinya kita akan bantu jika melihat seseorang itu dalam kesusahan. Tapi zaman teknologi maju ni memang kejam, masing-masing berlumba nak jadi ‘pemberita’ nombor satu di media sosial sampai hilang keprihatinan.

Misalnya, insiden yang berlaku ini, petugas parking ini kalau dilihat dengan mata kasar memang orang takkan tahu dia ni wanita kerana penampilannya. Tapi, ia mula terbongkar apabila…

Air ketuban pecah, lahirkan anak

Lebih haru lagi wanita ini bersalin dalam keadaan berdiri, orang awam tengok sambil merakam tanpa memberikan sebarang bantuan.

Kononnya mereka sangkakan kejadian aneh berlaku, seorang lelaki yang bersalin. Aduhai kemana perginya perikemanusiaan kita!

Bila diperjelaskan dia perempuan, orang lain masih buat bodoh

Difahamkan, kejadian ini berlaku di negara seberang. Bagaimanapun, menurut Daifa Lianti, mujurlah ada manusia yang berhati mulia datang untuk bantu.

Dukacitanya, apabila individu terangkan bahawa dia seorang wanita dan harus diberikan bantuan, semua orang disitu buat bodoh je!

Lebih hiba lagi, wanita ini bersalin di tepi jalan. Bagaimanapun keadaannya sihat dan normal selepas dia melahirkan anak.

Alahai, kalau ya pun daripada dok sibuk merakam, apa kata gunakan telefon pintar tu untuk hubungi ambulans. Sedih admin lihat muka wanita ni, tanggung sorang-sorang. Andai kata lah kalau lelaki bersalin sekali pun, apa salahnya tolong kan?sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia