Home / Artikel / Dirogol secara paksa, Ustazah hamil anak luar nikah

Dirogol secara paksa, Ustazah hamil anak luar nikah

Dirogol secara paksa, Ustazah hamil anak luar nikah
Dirogol secara paksa, Ustazah hamil anak luar nikah

Dirogol secara paksa, Ustazah hamil anak luar nikah | Setiap kali ada yang daftar keluar, pasti ada yang daftar masuk. Daftar keluar apabila telah melahirkan anak, dan selesai lawatan jururawat ke rumah dalam tempoh 20 hari pertama selepas melahirkan.

Kadang kadang saya rasa segan dan malu untuk mendedahkan perihal bagaimana boleh mengandung tanpa suami ni. Tambah tambah apabila melibatkan mereka yang tahu dan faham agama. Tidak didedahkan nanti kata tak tahu, diluar pengetahuan dan sebagainya.

Sekarang ini ramainya perempuan mengandung tanpa suami bukan mereka yang tidak ada didikan agama atau yang tidak tahu hukum. Bukannya mereka yang sosial dan bergelumang dengan maksiat. Mereka yang sosial dan bergelumang dengan maksiat lebih bijak menjaga diri dari terpaksa mengandung tanpa suami. Bukan mereka tidak berzina. Mereka berzina dengan mencegah kehamilan.

Jika tidak bercerita dan mendedahkan, nanti orang diluar sana tidak tahu dan tidak mengambil langkah berjaga jaga dan berhati hati. Ngeri nak bercerita apabila yang mengandung ini melibatkan mereka yang memang faham agama. Mereka sendiri memang belajar di bidang syariah di Kolej Islam. Bukan emak bapa yang faham agama, tetapi diri sendiri. Kalau emak bapa, kita boleh kata, iman tidak boleh diwarisi dari emak bapa yang bertakwa.

Telah pernah saya berkongsi cerita, pelatih pertama Baitus Solehah adalah pelajar sebuah universiti Islam di dalam negara. Selepas itu pelajar dari Maahad Tahfiz, pelajar dari sekolah arab, pelajar yang sedang mengikuti program diploma pengajian Islam, sehingga sekarang ini pelajar yang sedang belajar di bidang syariah. Apakah mereka ini tidak tahu hukum?

Setiap kali yang daftar masuk melibatkan pelajar dibidang agama, saya rasa sedih dan sayu. Kenapa boleh berlaku perkara ini ke atas mereka.

Dari kecil mereka ini diasuh dan dijaga dengan sebaik baiknya. Dihantar dan dijemput ke sekolah. Tutup aurat dengan sempurna. Tidak keluar berdating dengan mana mana lelaki. Sifat pemalu memang pakaian diri. Jadi bagaimana mereka boleh mengandung?

Pagi tadi saya dilawati bekas pelatih yang memang diasuh dan dijaga ibarat mutiara. Menutup aurat dengan sempurna. Doa emak selalu mengiring dimana mana dia berada. Namun tetap Allah uji mereka dengan musibah ini. Mengandung tanpa suami.

Dia seorang yang pendiam. Jarang bercakap dengan sesiapa pun kecuali ditanya. Cantik memang cantik dan ayu. Dia dikhianati. Dipaksa. Kesakitan itu masih terasa hingga kini. Kesannya, trauma yang berpanjangan. Sudah 2 tahun kejadian itu, anak pun sudah berumur 1 tahun 4 bulan, masih lagi takut untuk keluar rumah. Malam malam masih lagi menangis ketakutan.

Ada telefon tetapi tidak digunakan. Untuk melayari internet pun takut takut. Selalu merasa ada bayang bayang lelaki yang akan memperlakukan sesuatu kepadanya. Memiliki sarjana muda tetapi takut untuk keluar rumah apatah lagi bekerja.

Sentiasa ada rasa cemas apabila melihat lelaki. Ini kesannya, apabila mereka yang baik baik terpaksa mengandung tanpa suami, tanpa rela apatah lagi bersedia. Kesannya kini, mereka ketakutan. Jadi bagaimana untuk menangani masalah begini?

Sedih sangat jika bercerita mereka yang mengandung ini dari latar belakang agama dan yang memang dijaga dengan baik oleh emak bapa.
.

Jadi apa yang wajar kita lakukan untuk menghindari dari terjadi?

1. Emak bapa muhasabah diri, mohon pertolongan Allah untuk menjaga maruah dan kehormatan diri anak anak tidak kira lelaki atau perempuan.

2. Ambik iktibar dari segala kejadian yang berlaku ke atas jiran, saudara mara dan sesiapa saja.

3. Jaga hubungan dengan Allah, baiki hubungan sesama manusia.

4. Mudahkan urusan orang lain semoga Allah memudahkan urusan kita.

5. Perbanyakkan sedekah.

6. Jaga silaturahim sesama manusia. Jangan sekali bertindak memutuskan silaturahim.

Hanya ini panduan yang boleh saya simpulkan dari pengalaman menjaga mereka mereka di Baitus Solehah.

Ummi Yang Berkongsi Cerita,

Mak Liza
sumber baitulsolehah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia