Home / Artikel / Dia Dah Bersedap Dengan Adik Saya Hingga Mengandung Tak Nak Bertanggungjawab! – kakak

Dia Dah Bersedap Dengan Adik Saya Hingga Mengandung Tak Nak Bertanggungjawab! – kakak

Assalamualaikum iih harap disiarkan harapan saya ni. Dipendekkan cerita adik saya mengandung kerana terlanjur. Saya sebagai kakaknya pada mulanya terkejut tapi nak marah pun tak boleh, benda dah jadi.

Merasa berdosa sebab pernah bawa adik ke klinik untuk gugurkan. Tapi kuasa Allah rahimnya masih bawah jadi tak boleh buang. Hanya saya & mak sahaja yg tahu. Adik beradik lain & ayah tak tahu.

Saya kesana sini mencari jalan untuk bantu adik. Kadang sedikit marah & terungkit knp saya yang kena settlekan masalah dia. Saya juga seorang adik yg mempunyai kakak2 yg lain.

Tapi kecawa sedih saya, sedih lagi emak & adik. Saya faham. Setiap hari saya berdoa. Setiap apa keputusan yg akan saya tetapkan nanti bakal memberi kesan kepada kehidupan insan lain.

Sama ada adik, emak, atau coming soon baby tanpa ayah tu. Jadi saya buat keputusan untuk hantar adik ke rumah perlindungan sementara melahirkan.

Sebab saya nak masa adik terisi dengan solat, mengaji, tazkirah, amal ilmu rohani. Saya tak mahu adik bersedih mengadap fon all the time. Alhamdulillah adik pun akur. Adik saya muda lagi baru habis belajar, adik saya baik, cuma silap sikit dia tersasar jauh.

Pergi ke klinik untuk buka buku pun nurse semua supportive & bagi nasihat kat adik. Terima kasih kk gombak. Doakan adik saya dipermudahkan urusan bersalinnya.

Disebabkan emak tak mahu hal ni diketahui org, jadi saya ambil keputusan menjaga baby tu nanti sebagai anak angkat. Saya dah berkahwin & memiliki seorang anak tak sampai setahun lagi.

Macam2 saya fikir. Tapi saya lagi kesiankan masa depan baby tu nanti. Saya tak mahu pisahkan baby & maknya (adik saya). Atleast adik saya blh tengok anaknya membesar depan mata. Soon nanti saya tak tahu ujian & halangan apa yg adik & baby nya bakal lalui.

Yang saya pasti saya akan sayang kedua2 insan ini sepenuhnya. Doakan adik saya bertaubat nasuha di rumah perlindungan nanti. Doakan juga baby ini dilimpahi rezeki yg luas. Lelaki tu tak mahu bertanggungjawab. Siap ugut adik saya yg itu bukan baby dia, tapi tuhan pun dah bagi balasan, dia ditangkap khalwat dgn gf barunya & dihalau keluar rumah oleh emaknya.

Geram mmg geram. Saya kata kat adik keep on praying. Semua yg tertulis ni ada hikmahnya. Semoga harapan & doa saya termakbul. Bersama2 dengan ibu2 lain yang sedang berjuang. Aaminnn

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia