Home / Artikel / Dari Supermodel Cantik Paling Mahal Kini Jadi Gelandangan. Ini Kisahnya!

Dari Supermodel Cantik Paling Mahal Kini Jadi Gelandangan. Ini Kisahnya!

Cinta itu buta dan boleh terjadi kepada sesiapa saja. Termasuk, model Nastasia Urbano yang diisytihar muflis kerana cinta buta. Bahkan, dia kini menjadi gelandangan atau hidup merempat sehingga terpaksa tidur di dalam bilik mesin ATM di sebuah bank.

Sungguh tragis nasib Nastasia Urbano. Sebagai model cantik, model berasal dari Barcelona, Sepanyol, itu sempat meniti kegemilanganya pada tahun 1980-an dengan bayaran tertinggi pada masa itu.

Namun, kini nasibnya berubah 180 darjah. Bahkan, Nastasia dikhabarkan hidup serba kekurangan di Barcelona, Sepanyol.

Foto: The Sun

Berbalik pada kisah Nastasia Urbano yang diisytihar hingga jadi gelandangan, bagaimana dia boleh berubah secara drastik?

Menurut artikel dari The Sun, kehidupan glamor Nastasia sebagai model berubah drastik setelah dia jatuh cinta dengan lelaki yang salah.

Saat itu, Nastasia menyukai seorang lelaki yang menjadikan dia buta  kerana pilihan hati nya itu. Ini kerana dia sudah berani membelikan 1 unit kereta BMW untuk lelaki itu, padahal baru kenal dua hari.

Selain kereta mewah, model yang pernah mendapat bayaran jutaan dolar dalam setahun itu memberikan hampir kesemua wangnya kepada lelaki yang kemudian jadi suaminya itu. Dia mengaku melakukannya kerana sangat tergila-gila lelaki itu. Wanita yang sudah memiliki 3 orang anak itu mengibaratkan hubungannya sebagai hal yang sangat buruk.

”Satu-satunya hal yang paling indah dari hubungan kami adalah anak-anak, sisanya sangat mengerikan,” kata Nastasia.

Bagaimana agak kejayaan yang dikecapi Nastasia di masa lalu? Nastasia ketika berusia 20-an tahun sangat cantik. Wajahnya bahkan pernah beberapa menghiasi cover majalah Vogue.

Dia pernah ditawarkan menjadi bintang iklan berbagai jenama terkenal seperti Revlon dan Yves Saint Laurent. Kariernya memuncak semenjak bergabung dengan agensi Ford Models. Tak hairanlah jika dirinya mengaku bergelumang dengan kehidupan glamor.

”Aku tampil di banyak majalah. Semua orang menyukaiku. Aku bahkan dibayar jutaan dolar per tahun hanya untuk bekerja 20 hari, selama tiga empat tahun,” ungkapnya.

Kerana popularitinya, Nastasia menjadi tetamu undangan dalam pernikahan Madonna dengan Sean Penn, tahun 1985.

Dia bahkan berkawan akrab dengan banyak aktor veteran, seperti Don Johnson, Jack Nicholson dan Melanie Griffith.

Sayangnya, semua hidup mewah dan glamor itu kini tinggal kenangan. Gara-gara cinta buta, dia kehilangan semuanya.

Dia bernasib baik, kini bekas model itu dibantu beberapa rakan seprofesinya yang mengumpul dana untuk membantu Nastasia agar mampu bangkit dan mendapatkan pekerjaan kembali.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.