Home / Keluarga / Cuba Air Detoks Ini Jika Mahu Badan wangi, Gebu Tanpa Lemak Jahat. Yang Banyak Angin Kena Cuba!

Cuba Air Detoks Ini Jika Mahu Badan wangi, Gebu Tanpa Lemak Jahat. Yang Banyak Angin Kena Cuba!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Selain penggunaan produk pelangsingan badan, kaedah tradisional dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi antara petua untuk membantu menjaga kesihatan serta menguruskan badan.

Air detoks misalnya antara kaedah yang cukup mudah disediakan malah harganya pun murah sahaja. Dihasikan dengan campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu, sebelum diminum. Antara khasiat lain adalah membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah  dan sebagainya.

Jom cuba petua yang dikongsikan oleh saudari Hamizah Zakaria. Petua air detoks  ini juga adalah cara mudah untuk membantu  tubuh badan kekal muda.

Ratu minum tiap 3x seminggu. Bagi buang angin, memudahkan peraliran darah. Kecutkan lemak dekat perut geleber.

Orang sekarang kan tak suka jaga pemakanan sangat kan. Fast food lah. Makanan berlemak bercili berlada semua sumbat. Bila masa cuci usus iolllss pon tak tahu.

Cara yang paling mudah nak kekal bertenaga dan wajah kemerah merahan. Badan wangi dan gebu tanpa lemak jahat.

Bahan bahan :
2 inci Halia
4 batang Serai.
3 Asam keping ( tak nak takpa)
3/4 helai Daun pandan
7 biji cengkih
Lemon 4/5 hiris
Air 1liter
Madu / gula merah setengah sudu besar

Cara buat :
Hiris halia (agak berapa banyak nak)
tumbuk tumbuk comel halia.
7biji cengkih (cuci dulu)
Hirisan lemon
Masukkan 4/5batang serai yang ketuk
satukan dalam periuk bersama air dah didih matikan api
Air dah suam, bolehlah minum bersama madu sesudu kecil

Tips :
Minum selepas sarapan pagi.
Boleh juga letak madu sikit.
Untuk bf mom, kena tengok jugak anak. Kalau masa amalkan anak takde masalah kembung perut @ cirit-birit boleh teruskan.
Jaga pemakanan dan selalu buat exercise jugak untuk dapatkan kesan yang lebih cepat.
Air putih kena minum cukup setiap hari untuk menggalakkan proses buang lemak.
Ketika amalkan minum air detox ni, memang akan mudah buang air besar.
Untuk cepat kurus, boleh amalkan setiap hari. Jika dah kurus dan nak maintain, boleh minum 3 kali seminggu.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *