Home / Artikel / CERAGEM – SATU PENIPUAN TERANCANG-PW Community

CERAGEM – SATU PENIPUAN TERANCANG-PW Community

CERAGEM – SATU PENIPUAN TERANCANG

1. Kami dapat this info dah lama, tapi asyik delay untuk publish sebab ada issue lain menjelma.

2. Maklumat ini dikongsi oleh bekas pengurus Ceragem.

3. Target Ceragem ialah warga emas.

4. Center Ceragem sengaja dibuka di tingkat dua supaya warga tua yang uzur berdepan dengan kepayahan ketika menaiki tangga.

5. So bila berulang alik banyak kali untuk dapatkan “rawatan” percuma, maka terlintas dalam fikiran dari asyik panjat tangga baik beli sebiji.

6. Center juga hanya dibuka masa office hour iaitu 9am – 5pm, center ditutup pada hujung minggu.

7. Bagi warga tua yang tidak mampu drive sendiri, anak-anak perlu menghantar on weekly basis.

8. Majority anak-anak dah berkerja, so hantar parents on weekly basis mengganggu tugas kerja.

9. Akhirnya untuk atasi masalah menghantar parents on weekly basis, apatah lagi parents dah terpengaruh dengan pujukan juru jual, akhirnya anak-anak pakat kongsi untuk beli useless machine bernilai RM 15 ribu.

10. Ceragem juga sengaja biarkan warga tua menunggu dalam dua jam untuk dapatkan “rawatan”.

11. Tempoh menunggu yang lama juga adalah taktik licik Ceragem untuk tanamkan idea lebih baik beli satu dari menunggu.

12. Peserta juga diarah untuk pakai baju warna sama iaitu putih.

13. Ini adalah sebahagian daripada Cult Indoctrination.

14. Tujuannya ialah untuk mewujudkan Group Identity dan sense of belonging.

15. Bila peserta merasakan dirinya adalah sebahagian dari ahli kumpulan, maka akan timbul compliance (kepatuhan).

16. Bila dah ada kepatuhan, maka akan jadi senang untuk juru jual memperdaya mangsa.

17. Rawatan percuma adalah untuk mewujudkan gambaran Ceragem ikhlas dalam menangani masalah warga tua.

18. Hakikatnya bila terjual useless machine Ceragem dapat untung berpuluh kali ganda.

-abe pa-
Fraud Prevention Institute

page-
PW Community
respon fb

sebenarnya dah lama dah isu pasal Ceragem ni scammer sejak 2008 lagi kalau tak silap. saya sendiri hampir-hampir terkena. tapi Alhamdulillah.. Allah bukakan hati saya untuk pergi menyiasat sendiri di Ceragem Kepong Centre (sekarang dah berpindah ke Setapak) dan kebetulan ada jawatan kosong di sana dan saya pun apply untuk bekerja. syukur Alhamdulillah saya diterima bekerja sebagai HR Executive di Ceragem HQ dan saya dibukakan minda tentang rawatan alternatif oleh katil Ceragem ini. sepanjang tempoh saya berulang-alik ke Ceragem centre ni.. saya lihat sendiri perubahan seorang pakcik yang ada mild stroke yang saya sendiri bantu dia untuk naik ke tingkat 1 Ceragem centre, sampaikan satu hari pakcik ni dengan izin Allah mampu berjalan sendiri berkat ikhtiar dgn katil Ceragem. saya bukan reka cerita ni, tuan2 & puan2 boleh cuba datang sendiri.. nothing to lose bak kata omputeh.. rawatan percuma tanpa had, sebenarnya bukan ceramah suruh beli yg kene dengar tu tapi presentation tentang kesihatan, cthnya bagaimana kolesterol menyebabkan strok, cara pemakanan sihat dll. sebab saya sendiri pernah jadi interpreter untuk seorang manager Korea di Ceragem Cheras Centre. oh ya.. Ceragem centre seluruh Malaysia ni biasanya kat tingkat 1 sebab sewa lagi murah saya pernah tanya hahah. kepada yg membaca komen saya ni.. saya harap anda cuba datang dulu ke mana-mana Ceragem centre terdekat, saya jamin anda boleh nilaikan sendiri. kalau perlu, boleh tunjukkan gambar profile photo saya & sebut nama saya jugak kepada manager Ceragem centre.. sebab mereka tahu betapa dalam rasa terima kasih saya kepada Ceragem dan saya openly, tak bersembunyi dgn komen saya ni sebab saya yakin Ceragem bukan scam. Giliran anda untuk menilai pula.

katil ni ok je..byk testimoni positif yg real. cuma harganya mahal. so kalau x mampu pergi lah yg free tu..fikir logic la,kalau x berhasil xkan la org tua sanggup tunggu ramai2 ejak awal pagi.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

5 comments

  1. Andainya Ceragem tipu. Lets guna simple logics…

    1. Now ada 45 cawangan di Malaysia & kenapa dari dulu takde peserta yg bersuara & buat aduan hal penipuan…?
    2. Ada cawangan di hampir seluruh negara di dunia. Maknanya dah berapa juta org merasa katil tu. Kenapa takde satu negara pun di dunia tak bawa kes “tipu” ke mahkamah..?
    3. Sila baca & kaji “Far Infrared” (FIR). Adakah ia buruk utk badan kita..? If bahaya mengapa Allah wujudkan far infrared dalam sinaran matahari pagi & sebelum 10am…?
    4. Sebiji cincin jade berapa harganya…? Jika ada 4 ketul jade sebesar bola golf dlm katil tu utk dipanaskan bagi menghasilkan sinar inframerah jarah jauh (FIR), berapa harganya…?

    Itu saja lah. If banyak sangat takut nanti anda tak mampu berfikir. Guna perasaan ok la…

  2. Ayah pergi ceragem bila 12 tahun lepas. Lepas 2-3 kali pergi. Belakang rasa sakit, sampai lah satu hari lumpuh dari pinggang ke bawah.

    Selepas bawa ke HTAA, doktor kata kena bedah. Sebab satu tulang yang sepatutnya lindungi saraf dah jadi tekan saraf. Sebab tu tu jadi lumpuh. Masalah di T10-T11. Akibat penggunaan mesin ceragem.

    Tapi orang melayu. Tua pula, biasalah. Malas panjang cerita. Mana nak lapor2 ni.. Padahal ramai je minta lapor.

    • Cite dia ceragem ni bgs utk org sakit je kot, kalau tak sakit, jadi sakit. Haha. Macam ubat. Okay, sje nak berseloroh

  3. Dlm 10 tahun syarikat Ceragem ini beroperasi d Malaysia, ada tindakan undang-undang yg dambil kerana “penipuan” yg ddakwa? Brp org yg menerima rawatan yg dtipu? Saya berpendapat segala tohmahan yg dtujukan utk Syarikat ini adalh dr pesaing2 yg berasa cemburu dgn kejayaan syarikat yg mmbenarkan pengguna mnggunakan katil ini tanpa had. Selalunya produk boleh cuba utk bbrp kali n selepas tu kena lh beli tpi d Ceragem nk guna sampai mati pun ok…Ini merupakan cara Syarikat ini melaksanakan tanggungjawab koperat kpd masyarakat tk kira kaya mau pun miskin. Syabas Ceragem. Bagi yg d luar sna yg berpaksikan semata mata kpd keuntungan, belajar lh dr syarikat Korea ni: belajar memberi sebelum sibuk nk untung shj

  4. Itu strategi perniagaan….jangan jadi kurang cerdik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia