Home / Artikel / Gadis trauma, Mat Bangla Gesel ‘Anu’ Dalam Pasar Raya!

Gadis trauma, Mat Bangla Gesel ‘Anu’ Dalam Pasar Raya!

REMAJA perempuan menjadi mangsa serangan seksual lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di sebuah pasar raya di Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.45 malam ketika mangsa, 14, berada di pasar raya berkenaan bersama keluarganya sebelum dihampiri suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, suspek, 29, dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menggesel kemaluannya pada punggung mangsa.

Katanya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek bertindak melarikan diri, namun suspek mengekori dan melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sekali lagi.

“Tindakan tidak bermoral suspek itu disedari bapa mangsa yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum lelaki terbabit segera pergi ke arah anaknya.

“Suspek yang menyedari kehadiran bapa mangsa cuba melarikan diri, namun gagal lalu dia berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Susulan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada hari sama kerana tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bermoral suspek.

“Suspek yang bekerja sebagai tukang cuci direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

kemasukan warga bangla yang diluluskan secara besar-besaran oleh Zahid Hamidi begitu biadap dan kurang ajar bahkan mereka juga terlibat dalm kes merogol OKU ikuti artikel yang lain bangla Rogol budak OKU

EORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) dirogoldi tepi tangga sebuah pangsapuri di Bayan Baru, dekat sini pada Ahad.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul5.30 petang Ahad selepas pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan membawa mangsa yang berusia 13 tahun kekawasan tangga di situ.

“Pengawal keselamatan itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapa mangsa sebelum dia (bapa) bersama beberapa penduduk mencari lelaki Bangladesh berkenaan dan menemui suspek bersama remaja yang mengalami masalah lembam itu,”katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh suspek sebelum inidan diberi upah sebanyak RM10 supaya dia tidak menceritakan kepada sesiapa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata remaja berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.

Lelaki Bangladesh yang bekerja di kilang di kawasan Bayan Lepas itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan, katanya.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia