Home / Artikel / Budak 3 Tahun ‘Dirogol’ Menggunakan Kayu & Dipukul Dengan Batu Bata Sampai Mati

Budak 3 Tahun ‘Dirogol’ Menggunakan Kayu & Dipukul Dengan Batu Bata Sampai Mati

 

Rasa gerun, sedih, marah pun ada dengan berita pasal kanak-kanak perempuan 3 tahun tahun. Anak malang ini telah dirogol dan dipukul sampai mati.

Manusia sekarang makin lama makin kejam!

Diperdaya oleh seorang lelaki untuk belikan coklat

Sumber : Mirror Online

Sebelum kejadian, mangsa sedang bermain bersama rakan-rakannya di Gurugam, pinggir New Delhi di India.

Dia kemudian didatangi seorang lelaki dan memperdayakannya dengan menawarkan untuk membelinya coklat

Hilang & ditemui mati keesokan hari dalam keadaan berlumuran darah

Keluarga mangsa meminta pertolongan pada Ahad selepas rakan-rakan memberitahu anak mereka dibawa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui oleh saudara-mara pada keesokan harinya, di kedai lama yang hanya kurang 300 meter dari lokasi dia di ‘jerat’

Menerusi Mirror Online, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dan mengalami kesan lebam di bahu, pinggang, dada dan bahagian belakang.

Anak malang ini telah  ‘dirogol’ menggunakan sebatang kayu dan mengalami kecederaan dalaman.

Terdapat keretakan pada tengkoraknya selepas kepalanya dihendak dengan sebiji batu-bata.

Pasukan perubatan yang menjalani bedah siasat memberitahu bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan dalaman yang banyak.

Terdapat empat batu bata di atas badan kanak-kanak itu dan kepalanya ditelungkup dengan plastik bagi menyembunyikan identiti mangsa. Bahkan pakaiannya ditanggalkan dan dilonggokkan di bahagian berhampiran mayat. Dasar tak berhati perut!

Suspek berumur 20 tahun

Empat pasukan polis kini sedang memburu pemuda 20 tahun, Sunil Kumar yang dikatakan terlibat dalam kegiatan ini kerana dia berada dikawasan tersebut untuk melawat ibunya dan dua orang adik beradiknya pada waktu tersebut.

Penolong Pesuruhjaya Polis (Jenayah) Shamsher Singh berkata :

“Dia hilang sejak insiden tersebut. Kami dah soal siasat ahli keluarganya dan rekod maklumatnya”

Jurucakap kebajikan kanak-kanak berkata terdapat 106 kesalahan seksual terhadap anak-anak di Gurugram tahun ini, pada bulan September dan Oktober sahaja dah ada 40 kes.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia