Home / Artikel / Blok 404: Anda Fobia? 5 Hal Yang Patut Anda Tahu Sebelum Menonton

Blok 404: Anda Fobia? 5 Hal Yang Patut Anda Tahu Sebelum Menonton

Telefilem bercorak cemas dan seram, Blok 404 arahan Silver Chung yang pernah mencetuskan fenomena ketika diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) sekitar 2001, kini difilemkan. Pernah menghantui penggemar cerita seram kira kira 17 tahun lalu, pastinya versi filem ini antara karya yang sudah ditunggu lama sekali gus mengubat kerinduan mereka yang sukakan genre sedemikian.

Penggambaran filem ini diadakan sejak 8 hingga 21 Jun tahun lalu di beberapa lokasi seperti Rumah Kebun Hulu Langat dan di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Jalan U Thant, Ampang dan Rumah Sri Kenangan, Cheras.

Barisan Pelakon Lama dan Baru

Masih mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem yang diarahkan Isma itu turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tak ketinggalan Kamal Adli, Kilafairy, Azrel Ismail, Izreen Azminda dan Taufik Hanafi.

Sinopsis Ringkas

Blok 404 mengisahkan tiga orang sahabat dalam pengembaraan untuk melepaskan tekanan.  Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan.

Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404  dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ. Lokasi rumah tamu yang terpencil dan di tepi sungai mengamalkan konsep ‘disconnect to connect’ yang membawa maksud tiada kemudahan internet dan line telefon.

Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apakah signifikan filem ini

Berani Dengan Isu Sensitif

Rasanya ini kali pertama Hangat.com tengok filem Malaysia yang sangat berani mengetengah isu-isu sensitif seperti seks bebas dan penyalahgunaan dadah yang boleh diambil sebagai pengajaran. Ya, kita sangat merindukan karya Arwahyarham Yasmin Ahmad semasa dia masih hidup.

Semua pelakon di dalam filem ini tidak kira watak utama atau watak kecil berjaya memberikan impak lakonan yang sangat hebat. Walaupun filem ini mempunyai durasi tayangan lebih dua jam, namun setiap minit di dalam filem ini sangat berharga dan jalan ceritanya juga fast-moving serta tidak meleret.

Momen Yang Boleh Meremang

Ada banyak adegan filem ini yang bersulamkan momen menakutkan yang pastinya  para penonton akan rasa tidak selesa dan fobia. Adegan bagaimana mangsa dibunuh kelihatan mengerunkan juga dengan teknik videografi yang sangat mantap dan terbaik.

Ada 5 Jenis Fobia Yang Anda Akan Alami

Algophobia

Perasaan rasa takut yang berlebihan dan tidak rasional terhadap rasa sakit atau ngeri. Seperti dalam beberapa babak dalam filem ini di mana pembunuhan yang dilakukan agak ngeri oleh watak utama dalam filem ini. Antaranya, potong kepala, siat kulit, hiris wajah dan sebagainya. Takutkan? Kami tidak mahu namakan watak-watak sebagai pembunuh itu, biar anda tonton sendiri.

Aichmophobia

Anda takut benda tajam dan menyakitkan? itu adalah sejenis fobia yang mungkin anda alami dalam filem ini, jadi anda kena hati-hati!

Dalam filem ini terdapat senjata tajam yang akan menikam tubuh secara menyuluruh. Dalam adegan ini juga memperlihatkan pisau tajam memotong tubuh mangsa yang digantung dan setelah itu anggota tubuh sehingga hancur. Adeeii, seram tak?

Coulrophobia

Badut adalah sebuah pekerjaan yang fungsinya menghibur orang banyak, tetapi bagi sesetengah orang Badut adalah sebuah mimpi buruk yang menakutkan. Ketakutan berlebihan terhadap Badut disebut sebagai Coulrophobia. Dalam filem ini, salah seorang pembunuh memperagakan diri sebagai badut untuk membunuh.  Kenapa Badut? sebab ramai juga yang takut dengan badut sebenarnya.

Hemophobia

Namapun filem seram dan pembunuhan misteri, mesti penuh dengan darah-darah. Kalau anda fobia dengan darah, haruslah berwaspada sebelum menonton. Memercik-mercik darah sampai ke muka, kami pun tak sanggup nak tengok. Tapi memang meremang juga!

Enethophobia

Jika yang belum menonton , ada sesuatu taktik yang agak aneh digunakan oleh pembunuh untuk melemahkan mangsa. Pembunuh menggunakan suntikan bagi membuatkan mangsa rasa kejang dan tidak melawan. Bagi yang fobia dengan jarum suntikan, pasti anda akan rasa tidak selesa dengan jarum suntikan yang seringkali digunakan setiap kali memerangkap mangsa.

Jadi, anda rasa apa motif sebenarnya mereka membunuh? Apa salah mereka yang terkorban? Adakah ini kerana sifat dendam?

Kalau korang nak tahu apa yang akan terjadi, jangan lupa tonton Blok 404 di pawagam berdekatan korang pada 28 June ini tau!
Sumber Dari- https://www.hangat.com/2018/41996/blok-404-anda-fobia-5-hal-yang-patut-anda-tahu-sebelum-menonton/

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia