Home / Artikel / Bila Saya Tersedar Kain Dah Basah & Air Banyak Keluar

Bila Saya Tersedar Kain Dah Basah & Air Banyak Keluar

Salam mommies semua, saya nak kongsi pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam (HSA). saya bersalin sebelum due date.. 36w5d selamat melahirkan bayi perempuan. Terima kasih Allah permudahkan urusan bersalin, lagi2 anak pertama yang tiada pengalaman.

Pada hari sebelum bersalin, saya balik kerja agak lewat, malam baru sampai rumah & terus rehat. Pukul 4 lebih saya tersedar sebab kain saya basah, terpancut2 air ketuban keluar bersama lendir, saya memang cemas masa tu, sebab tak tahu air apa, dlm hati terpikir aku nak beranak dah ke, tapi tak cukup bulan lagi..

sempat lagi termenung dok fikir hahahaha.. tapi air makin byk, saya bangun dari katil, meleleh2 keluar, terus kejutkan suami yang sedang diulit mimpi, suami trkejut & terus packing bag pergi ke hospital.

pukul 5 lebih sampai ke hospital, belum rasa sakit tapi kain dah basah, 2x tukar pad.. Nurse minta buat ctg dulu, sebab nurse bagitau katil xcukup so kena tunggu turn dulu..

mungkin ambik masa yang lama sebab dia tengok saya relaks je xsakit.. semasa buat ctg, perut dah start sakit, selang 10 minit, 5 minit n terus berterusan, sakit contraction tu Allah je yang tahu , rasa macam nak terberak pun ada, mngigil pegang katil sebab tak pernah rasa sakit tu. saya panggil nurse cakap nak beranak, dia cakap belum lagi..

tapi sebab dia tgk saya mgelupur kotnya dia kesian, check jalan dah buka 8cm. Nurse terkejut sebab saya baru register masuk & terus nak bersalin.. Alhamdulillah sakit contraction hanya setengah jam, masuk labour room, 2-3 kali push sahaja.. cuma adalah 3 jahitan saya dapat hahaha..

bersyukur bila Allah mudahkan bersalin, jam 4 lebih leaking ketuban , tak rasa sakit, kul 5 lbih smpai hospital, register, kul 6 lepas subuh selamat melahirkan. suami pn tak sempat nak masuk labour room, ingatkn bini dia dok register lagi kat dalam, rupanya dah bersalin.

antaranya tips yang saya amalkan utk mudah bersalin, banyakkn berjalan, saya kerja ofis tingkat 2, rumah tingkat 3, hri2 turun naik tangga selama 8 bulan lebih.. minum minyak kelapa dara, saya beli yang farmasi sahaja, kadang2 je buat urutan perineum, kerapkan bersama dgn suami utk bukaan jalan.

yang paling penting lepas solat saya akan baca surah Mariam, surah yusuf & doa Nabi Nuh. Beristighfar, selawat, Berdoa minta ampun kepada semua orang yang kita kenal, minta maaf dgn suami, ibubapa & saudara. semoga tips ni berguna utk mommies to be dari saya . Terima kasih kerana sudi membaca. -info ibu hamil

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia