Home / Artikel / “Betullah ‘van putih’ tu wujud…” – 831 Kanak-Kanak & Remaja Hilang di Malaysia, Johor Paling Banyak Kes!

“Betullah ‘van putih’ tu wujud…” – 831 Kanak-Kanak & Remaja Hilang di Malaysia, Johor Paling Banyak Kes!

Saban hari, kita dikejutkan dengan berita kehilangan kanak-kanak atau remaja tak kira lelaki atau perempuan. Setiap hari angka kes kehilangan makin meningkat dan terbaru menurut pihak polis jumlah keseluruhan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia mencecah 831 kes!

Jumlah kes kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang tu dicatat sejak tahun 2010 hingga akhir bulan lepas dan kesemuanya masih belum berjaya ditemukan. Mengikut keratan akhbar tersebut, Johor mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah 143 orang diikuti dengan Selangor seramai 140 orang dan Kuala Lumpur di tempat ketiga dengan 115 orang.

Sumber: Facebook

Laporan juga menunjukkan sebanyak 30 daripada mangsa kes kehilangan ini merupakan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 1 hingga 12 tahun dan 30 lagi adalah remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

18 daripada kanak-kanak yang hilang merupakan lelaki manakala 26 daripada remaja yang hilang merupakan perempuan.”

Gambar hiasan

Kalau korang ada maklumat tentang kehilangan mangsa bolehlah hubungi Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak di talian 03-2266 6313 atau 03-2266 6299.

Ramai yang baca keratan akhbar ni risau dan memikirkan keselamatan anak-anak serta orang sekeiling. Bukan tu je, netizen juga sedar tentang sindiket penjualan organ dan pemerdagangan manusia yang sangat berleluasa sekarang ni.

Gambar hiasan

Jadi, beringatlah ye semua. Jangan sewenang-wenangnya biarkan anak keluar bersendirian walaupun setakat pergi kedai runcit berdekatan rumah. Malang tak berbau, orang jahat ni ada di mana-mana tak kira tempat dan dorang memang tunggu je peluang. Harap ibu bapa lebih peka!

Bayangkan perasaan keluarga mangsa yang hilang ni semua. Sampai sekarang tak jumpa jumpa. Sedihnyaaaaa

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia