Home / Artikel / Benarkah Wanita Suka Lelaki Berjanggut?

Benarkah Wanita Suka Lelaki Berjanggut?

Lelaki lebih sinonim dengan penampilan yang macho dan jantan. Salah satu cara mendapatkannya yakni dengan memelihara janggut (jambang). Dengan sifat tersebut, mereka bukan saja menarik tetapi juga tampil maskulin.

Benarkah Wanita Suka Lelaki Berjanggut?

Janggut lebat yang dimiliki lelaki ternyata menjadi daya tarik tersendiri bagi wanita. Di mata wanita, janggut memberikan pesona yang membuat lelaki jadi lebih menarik.

Kesan macho dan jantan itu pun ternyata menarik perhatian wanita kerana bagi mereka, lelaki yang memiliki janggut kelihatan lebih macho dan maskulin.

Bukan hanya itu, janggut juga membuat lelaki kelihatan lebih menarik dan seksi di mata wanita, menyebabkan para penyelidik terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut, seperti dilaporkan Cosmopolitan.

Sebuah kajian terbaharu yang dimuatkan di ‘Journal Behavioral Ecology’ mengatakan bahawa lelaki kelihatan lebih macho ketika dia mempunyai janggut.

Para penyelidik mendapati kecenderungan tersebut berkait rapat dengan rahang lelaki.

Janggut membuat rahang lelaki kelihatan lebih besar dan membuatkannya kelihatan lebih agresif ketika marah, daripada lelaki dengan wajah bersih tanpa janggut.

Kajian lain juga mendapati bahawa lelaki berjanggut kelihatan lebih pintar, yakin dan dewasa.

Jadi bila anda inginkan kekasih kelihatan lebih pintar dan yakin pada diri, pintalah dia untuk memelihara janggutnya.

-Sentiasapanas.com

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.