Home / Artikel / Bekas Perdana Menteri Najib Razak Dikenakan 4 Tuduhan

Bekas Perdana Menteri Najib Razak Dikenakan 4 Tuduhan

Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dikenakan empat tuduhan – tiga bagi pecah amanah dan satu lagi kerana menerima rasuah berjumlah RM42 juta ($14.15 juta).
Datuk Najib, 64 tahun, diberkas Selasa oleh agensi anti-rasuah Malaysia dan menghabiskan masa semalaman dalam tahanan.
Kehadiran beliau di kompleks mahkamah pagi Rabu disambut ratusan penyokongnya yang telah berkumpul sejak 6 pagi.
Menurut laporan The Straits Times, tuduhan ke atas Datuk Najib itu akan dibentangkan di Mahkamah Jenayah Sesyen dan kes itu bakal didengar oleh hakim paling kanan mahkamah tersebut, Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
Kes itu kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah,
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan bertindak 1MDB yang dibentuk kerajaan, Datuk Najib diberkas di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar 2.35 petang Selasa berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah firma tenaga yang asalnya dibangunkan sebagai anak syarikat 1MDB.
Difahamkan, tuduhan ke atas Datuk Najib itu berhubung dana yang disalurkan kepada akaun peribadi beliau dari SRC International.

Sumber: Berita Harian

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia