Home / Artikel / “Babi pun pandai melukis, ko hado?” – Perkenalkan Pigcasso, Babi Yang Pandai Melukis Dari Afrika Selatan

“Babi pun pandai melukis, ko hado?” – Perkenalkan Pigcasso, Babi Yang Pandai Melukis Dari Afrika Selatan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

“Kau punya sembang, babi pun boleh terbang!”

Kalau la Pigcasso ni boleh bercakap, tentu dia akan brag “Tak, aku tak boleh terbang. Tapi aku pandai melukis.”

Kawan-kawan semua, lupakan Picasso. Saya perkenalkan kepada anda, Pigcasso — seekor babi betina berjiwa seni, yang berjaya menempa nama sebagai seniman handalan di Afrika Selatan.

Dari rumah sembelih ke galeri lukisan

Perjalanan kariernya dalam dunia seni lukisan abstrak bermula apabila Pigcasso diselamatkan oleh seorang wanita — Joanna Lefson, dari sebuah pusat penyembelihan di Cape Town pada 2016.

Lefson kata, pusat penyembelihan di mana Pigcasso diletakkan sangat kotor, sesak dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

So, sedih mengenangkan nasib Pigcasso — maka Lefson pun buat keputusan untuk ”membebaskan” dia.

Lantas, hari-hari yang dilalui penuh kemurungan menanti detik untuk disembelih berakhir sudah.

Dan bermula pulalah hari-hari yang menyenangkan buat Pigcasso.

Sebaik dibawa pulang, Lefson perhatikan Pigcasso ni suka bermain dengan peralatan seni seperti berus lukisan dan warna.

Maka dari situ, timbullah idea Lefson ni nak mengasah bakat seni semulajadi yang dimiliki babi peliharaannya.

Pigcasso menggunakan berus lukisan dan non-toxic paint yang dihasilkan khas untuknya.

Lefson melatih Pigcasso, menggunakan teknik latihan yang sama digunakan untuk melatih anjing.

Selain berkarya di atas kanvas, Pigcasso juga katanya suka melukis di atas buah-buahan.

Haiwan pertama adakan pameran sendiri, ko rasa?

Tahun lepas, buat pertama kali dalam sejarah hidupnya — Pigcasso berjaya mengadakan pameran sulungnya di Cape Town, yang diberi nama ‘OINK’.

Selain itu, dia juga menjual sejumlah hasil lukisannya dalam talian dan juga di galerinya.

Selalunya, setiap hasil karya Pigcasso akan terjual pada harga 500 dollar sehingga ke 4,000 dollar.

Dan semua hasil jualan itu disalurkan ke Farm Sanctuary, tempat di mana Pigcasso menghabiskan hari-harinya dengan perkara-perkara yang ia suka.

Sebenarnya, Farm Sanctuary ni pun ditubuhkan atas satu matlamat murni — iaitu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan menjaga kebajikan haiwan ternakan yang dibesarkan dan menunggu masa untuk disembelih.

So semua duit yang diperoleh daripada jualan artwork Pigcasso, sebenarnya digunakan untuk tujuan ni.

Bagus kan?

Swatch panggil buat collaboration

Baru-baru ni jugak syarikat jam tersohor dari Switzerland, Swatch — berminat untuk mengadakan satu kolaborasi bersama Pigcasso dalam menghasilkan jam limited edition sempena sambutan Tahun Babi.

Bila baca review peminat-peminat tegar Swatch, ramai yang teruja dan takjub dengan hasil seni Pigcasso — meskipun ia hanya menggunakan teknik brush stroke dan pengolahan warna-warna yang memang ngam bila disatukan.

Terpulanglah kepada mata yang melihat dan jiwa yang menghayati, sebab seni tu subjektif kan?

Apapun, kolaborasi Swatch dan Pigcasso ni adalah salah satu daripada ribuan lagi usaha syarikat-syarikat besar dunia yang mengambil peluang untuk contribute kepada kelestarian ekosistem dan kesejahteraan semua hidupan di muka bumi ni.

Buktinya, hasil jualan jam-jam limited edition ni jugak — akan disalurkan kepada Farm Sanctuary, untuk memperluaskan lagi usaha memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat terhadap kebajikan haiwan.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia