Home / Artikel / Azharina Azhar Tak Jadi Kahwin

Azharina Azhar Tak Jadi Kahwin

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Sepatutnya Disember ini merupakan hari kegembiraan penyanyi Azharina Azhar atau lebih mesra disapa sebagai Nina kerana beliau akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang juga duda.

Redha Perkahwinan Tidak Jadi

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi ini beliau mengaku kecewa dan sedih apabila majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada awal Disember terpaksa dibatalkan. Tambah Nina, beliau redha menerima ketentuan Allah dan menganggap tiada jodoh.

“Saya perlu terima, reda dan jalani kehidupan seperti biasa. Mungkin Allah belum mengizinkan saya untuk berkahwin.Dalam masa sama, saya tidak boleh memaksa pihak lelaki menerima saya. Sebagai orang dewasa yang matang, saya menghormati pendirian dan keputusan ini. Tidak ada apa yang perlu diperbesar atau dibangkitkan. Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Prinsip saya mudah, jangan bersedih atau meratap masalah yang menimpa diri kerana ia hanya membuatkan diri jadi lemah. Sejak awal lagi saya boleh terima kenyataan,”

Serik Dengan Lelaki

Menurutnya lagi, setelah apa yang berlaku membuatkan dia serik sekali lagi untuk berkenalan dengan lelaki. Terdahulu Nina pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Kelantan, Datuk Shukri Mohamed pada 2005 kemudian bercerai pada 2008.

“Bukan mudah untuk saya menerima dan membuka hati untuk lelaki tetapi nyata kali ini saya silap. Buat masa sekarang, cukup setakat ini saja. Saya sudah penat dikecewakan. Pintu hati saya tertutup sekali lagi. Tipu kalau saya tidak berasa sedih, tetapi saya kena kuat,”

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *