Home / Artikel / ayah dia dapati anak perempuannya dalam keadaan bogel-kanak 7 tahun nyaris diperkosa

ayah dia dapati anak perempuannya dalam keadaan bogel-kanak 7 tahun nyaris diperkosa

 

#Kanak-kanak 7 tahun nyaris diperkosa

PASIR MAS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun terselamat daripada diperkosa oleh seorang remaja dalam satu kejadian di Taman Seri Mas, Lubok Jong dekat sini, pada Khamis.

Suspek yang berusia 19 tahun itu dikatakan mengumpan mangsa dengan telefon bimbit sebelum menarik dan membawa mangsa ke rumahnya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain basikal bersama sepupunya di hadapan rumahnya.

Menurut nenek mangsa, Zainab Daud, 67 tahun, kejadian disedari oleh penduduk di taman itu selepas dimaklumkan oleh sepupunya bahawa mangsa diheret oleh remaja berkenaan.

Katanya, ayah mangsa bergegas mendapatkan mangsa yang ketika itu sudah ditelanjangkan oleh suspek di bahagian atas rumah suspek.

“Sejurus sampai, ayah dia dapati anak perempuannya dalam keadaan bogel. Si ayah terus ambil kain sarung dan tutup badan anaknya.

“Dah la anaknya itu anak tunggal,” kata Zainab.

Selepas mangsa berjaya diselamatkan, suspek dikatakan dibelasah oleh penduduk taman tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

Remaja serta kanak-kanak berkenaan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Pasir Mas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Abdullah Mat Piah mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan terperinci akan dibuat dan remaja berkenaan akan ditahan untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Muhafandi Muhamad, Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 15, 2018 17:50 MYT

respon fb

macam tak buleh percaya je dia mampu buat mcm tu..
Nauzubillah mintak dijauhkan dri keluargaku😫

Ni klau ak dpt memang ak bg erti pnyesalan

Nauzubillahiminzalik..
Semoga Allah lindungi ank2 kita semua dari menjadi mangsa mahupun pelaku..
Amin

PERHATIAN :

LELONG BARANGAN WANITA START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN PANCING START DARI RM1 JOIN SEKARANG

LELONG TELEFON BIMBIT NOKIA BARU RM1

LELONG!! MESIN BASUH MINI BERHARGA RM350 DENGAN BIDAAN BERMULA RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG BARANGAN HANDBEG BERJENAMA DI LELONG DENGAN RM 1 JOIN SEKARANG

LELONG! BARANGAN BABY DILELONG MURAH-MURAH START RM1 JOIN SEKARANG

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia