Home / Artikel / Anak pukul, bakar ibu selepas lihat matanya merah, lidah terjelir

Anak pukul, bakar ibu selepas lihat matanya merah, lidah terjelir

terimakasih sudi likeloading…

Anak pukul, bakar ibu selepas  lihat matanya merah, lidah terjelir

SEORANG lelaki ditangkap pada Ahad kerana membunuh ibunya sendiri yang dianggap hantu ‘aswang’.

Anak lelaki mangsa, yang polis percaya sakit jiwa, memukul wanita itu terlebih dahulu sebelum membakarnya.

Kejadian berlaku di sebuah kampung Barangay di bandar Sipalay, Filipina.

Aswang adalah satu semangat jahat yang mana penduduk tempatan percayai ia boleh menyerupai pelbagai bentuk.

Walaupun gambaran mengenainya adalah berbeza dari satu rantau ke satu rantau lain di Filipina, ia sering dikaitkan dengan wanita yang makan janin atau anak kecil.

Mangsa yang berusia 63 tahun itu sedang bersama tiga cucunya di rumah ketika dilihat oleh suspek berusia 42 tahun.

Lokasi di mana seorang anak membakar ibunya yang didakwa dilihat menyerupai hantu. -foto abs-cbn

ABS-CBN melaporkan suspek memberitahu polis bahawa dia melihat mata ibunya berwarna merah dan lidahnya kelihatan panjang dan terjelir.

Menganggap ibunya adalah hantu aswang, dia memukulnya dengan penyodok, menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Dia kemudian mengheret mangsa ke luar rumah dan membakar tubuhnya.

Cucu-cucu wanita itu, kesemuanya berumur bawah 10 tahun, berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan, lapor GMA News.

Polis menahan suspek yang mengaku melakukan jenayah tersebut.

Menurut laporan, suspek tidak tidur dan makan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum melakukan jenayah itu.

Pada masa ini dia ditahan di balai polis, dia akan didakwa membunuh keluarga sendiri. -MSN

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia