Home / Artikel / Aksi ‘Seks’ Pelajar Sekolah Atas Motor Terima Padah!

Aksi ‘Seks’ Pelajar Sekolah Atas Motor Terima Padah!

PASANGAN remaja yang dirakam melakukan aksi lucah di atas sebuah motosikal dipanggil ihak berkuasa di Phuket.Beberapa keping gambar pasangan kekasih itu melakukan adegan lucah dirakam dan menjadi tular di media sosial.

“Mahu menjadi popular, ini yang kita lihat” jelas kapsyen gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook.

Gambar tersebut menunjukkan pasangan lelaki dan perempuan berpakaian seperti baju sekolah menaiki sebuah motosikal di sebuah jalan di pusat bandar itu.

“Kami difahamkan gambar-gambar tersebut sudah dikongsi di media sosial Phuket.

“Ramai orang kurang senang dengan adegan itu. Ketua Polis Sompong Tiparpakun menghubungi mereka untuk mengambil keterangan.

“Kami kenal mereka dan sudah menghubunginya,” jelas Timbalan Komander Polis Daerah Phuket, Sermpan Sirikong.

apapun di Indonesia lain pula ceritanya ikuti berita yang dipetik oleh astroawani Murid Sekolah Rendah dirogol 7 kali oleh jiran sendiri

GRESIK: Seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kebomas, Indonesia didakwa menjadi mangsa rogol jirannya sendiri sejak tahun lepas.

Mangsa yang masih belajar di sekolah rendah di sini dipercayai dirogol jiran berusia 53 tahun itu sebanyak tujuh kali sejak September 2017, lapor portal beritajatim.com.

Kes terbongkar apabila guru mangsa pergi ke rumahnya setelah murid itu kerap tidak hadir ke sekolah.
Soal siasat guru berkenaan langsung membuka pekung suspek yang tinggal berdekatan rumah mangsa.

Ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan terkejut dengan pengakuan kanak-kanak itu lalu bergegas ke tempat kerja suspek untuk bersemuka.

Suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu dilapor dibelasah penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Saya lakukan di rumah sebanyak tujuh kali,” kata suspek yang mengaku merogol mangsa kali pertama pada September 2017 di rumahnya.

Menurut suspek, mangsa yang ketika itu sedang bermain di depan rumahnya diajak masuk ke bilik sebelum dirogol.Alasan yang diberikan suspek ialah dia ‘jarang melakukan hubungan suami isteri’ dengan pasangan hidupnya.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

kerja kosong malaysia