Home / Artikel / 7 GAMBAR TRANSGENDER PALING HENSEM DI DUNIA. BILA PEREMPUAN CANTIK JADI LELAKI MEMANG DAHSYAT BETUL PERUBAHAN DIA!

7 GAMBAR TRANSGENDER PALING HENSEM DI DUNIA. BILA PEREMPUAN CANTIK JADI LELAKI MEMANG DAHSYAT BETUL PERUBAHAN DIA!

7 GAMBAR TRANSGENDER PALING HENSEM DI DUNIA. BILA PEREMPUAN CANTIK JADI LELAKI MEMANG DAHSYAT BETUL PERUBAHAN DIA! | Okay, harini admin nak share sikit info pasal transgender. Transgender ni istilah yang digunakan untuk merujuk individu yang mungkin bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau ketrampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka dan ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk menukar jantina. Kita dah selalu sangat tengok gambar lelaki paling cantik lepas buat pembedahan kan. Jom tengok perempuan paling hensem pulak.

1. Buck Angel
Buck Angel, seorang pelakon dan penerbit filem porno terkenal di Amerika Syarikat merupakan seorang transgender. Suatu ketika dahulu, dia pernah menjadi model wanita sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bagi menghilangkan payu daranya dan tampil lebih maskulin.

2. Balian Buschaum
Balian Buschaum atau nama asalnya Yvonne Buschaum merupakan bekas atlet lompat tinggi German namun terpaksa melupakan impiannya dalam bidang sukan kerana mengalami kecederaan, juga kerana keinginannya menukar jantina. Setelah selesai menjalani surgeri, dia menukar namanya dan mahu dikenali sebagai Balian.

3. Loren Cameron
Bekerja sebagai seorang jurugambar, penulis dan aktivis transeksual, Cameron digambarkan bapanya sebagai seorang ‘tomboy’ kerana dibesarkan di sebuah ladang dan ditugaskan membuat kerja-kerja kasar. Dia pernah menerbitkan buku (Body Alchemy and Man Tool – The Nuts and Bolts of Female-to-Male Surgery) yang menampilkan perubahan fizikal transeksual yang melakukan pembedahan menukar jantina.

4. Jake Zyrus
Jake Zyrus atau nama asalnya adalah Charmaine Clarice Relucio Pempengco yang berasal dari Filipina ini merupakan seorang penyanyi serba boleh yang memiliki suara yang sangat sedap. Oprah Winfrey sendiri menamakan Charice sebagai “the most talented girl in the world” sebelum melakukan penukaran jantina. Selain itu, Zryus memiliki bakat mempelbagaikan suaranya dan Josh Groban mengakui Zyrus memiliki suara yang sangat sedap dan unik yang sangat jarang didengari pada zaman sekarang.

5. Thomas Beatie
Thomas Beatie pernah mengejutkan masyarakat seluruh dunia apabila dia digelar lelaki pertama yang mengandung. Namun hakikatnya, Beatie merupakan seorang transgender dan mula mengambil pil hormon ketika berusia pertengahan 20-an. Walaupun demikian, dia mengambil keputusan untuk mengekalkan alat sulitnya, oleh kerana itu, dia kini memiliki tiga anak yang dikandungnya sendiri.

6. Ryan Sallans
Ryan Sallans atau nama asalnya Kimberly Ann Sallans merupakan seorang transgender yang juga aktivis di Amerika Syarikat. Dia kini menjelajah ke seluruh negara itu bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan sepertinya.Dia selesai menjalani beberapa siri pembedahan pada 2005 dan berjaya tampil sebagai seorang lelaki kacak

7. Jaimie Wilson
Jaimie merupakan seorang penyanyi dan pemuzik country. Dia merupakan anak keempat dalam adik-beradiknya dan dia memiliki 3 orang abang. Jaimie mengakui yang dia sudah mempunyai naluri untuk menjadi seorang lelaki pada usia 5 tahun. Namun begitu, dia tidak pernah menyatakan kepada sesiapa tentang perasaan itu memandangkan keluarganya agak konservatif dan sangat menentang isu penukaran jantina ini. Namun akhirnya dia nekad melakukan pembedahan itu pada tahun 2015 dan masih meneruskan karya muziknya sampai hari ini.

Hebat kan? Apa-apapun, artikel ni hanya untuk pengetahuan kita je. Admin bersyukur je dengan anugerah yang admin ada sekarang.

Sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.