Home / Artikel / 6tahun bernikah belum ada zuriat sebab suami ada…

6tahun bernikah belum ada zuriat sebab suami ada…

Assalamualaikum semua.. Hide fb sy ye admin..terima kasih..Sy dan suami sudah berkahwin hampir 6 tahun. Kami belom ada rezeki zuriat. Alhamdulillah keluarga ke2 pihak tidak pernah bercakap/mengata psl zuriat ni. Bagi diorang..belom ada rezeki..alhamdulillah lah disitu..tp sy ada jumpa doc. Dan doc kata kemungkinan susah utk ada zuriat sbb suami sy ada kencing manis..sampai nafkah batin pon dah x ada..sy ajak pergi jumpa doc pon dia selalu tangguh2..ntahla.

video hiasan saja

.sy tahu batin bukan segalanya tp x salah kan berubat…mungkin juga suami sy ni ego..malu nak jumpa doc sebagainya..suami sy pon baran dr segi percakapan..kekadang masalah hal kecik pon dah marah2. Maki hamun. Semua perkataan keluar..X boleh ke cakap/tegur cara baik? perlahankan suara.. Sy sendiri pon xnaik suara walau bila sy marah sekalipon. Sy malu bila duduk dikawasan jiran yg rumah rapat2. Sy xkisah dia marah tp control la tahap kuat tu dan jgn maki hamun sesuka ati.

Kalau nak keluar mana2 pon sy lebih selesa dgn family sy je . Tanpa suami sy lebih gembira. Sampai mcmtu sekali sy pikir. Sbb sy x nak dia marah2 atau buat muka depan family sy walau hal kecik pon bsr bg dia..Sbb family sy pikir suami sy baik,hormat org..Jd sy x nak jatuhkan aib suami sy..Sy pon ada perasaan..sekali dia mengamuk..ibarat mcm bergegar rumah..bygkan jiran2 boleh dengar jelas bila dia cakap tu haa..malunya sy Allah je yg tahu.. Dr jiran x tahu semua bole tahu…

dah la masa dirm rumah jarang ada. Selalu sibuk dgn kerja kerja kerja..Siang dgn malam sama je..(Suami sy bekerja sendiri)..sy selalu sorang2..xpela sy paham dia kerja cari rezeki..tp bila ada dirumah ada je x kena..kita ni mcm2 nak cerita kat dia tp dia itu salah ini salah. Smlm waktu berbuka dia boleh marahkan sy sbb panaskan nasi semalam. Ya Allah. Nasi tu masih elok sbb lebihan..sy panaskan jela bukan basi pon.. (sy guna beras faiza mmg agak mahal tp utk kncg manis suami sy) Dia marah seolah tu kesalahan besar sgt. Xkan la nak buang nasi semalam semata nak nasi baru..dah membazir…Sy mengalir air mata je masa berbuka tu.

Sy ikhlas masak lauk berbuka khas buat dia..Dia langsung blah mcmtu je tinggal nasi dan sy makan sorg..bila sy marah/geram sy diam. Pastu dia cakap sy ni buat muka la x boleh terima org cakap. Adoi. Sy ni diam pon salah..sbb ati sy sedih..kang sy melawan cakap kata sy kurang ajar. Dia jugak selalu halau sy keluar rumah. Mentang2 ni rumah dia sedap je nak halau org. Asal gaduh mesti dia halau sy. Sy ni bersabar je sbb dia x pernah naik tangan dgn sy itu la kot sy masih bole bersabar.

Tp sampai bila nak kena tahan maki hamun. Kita pon manusia biasa. Sy syg suami saya. Setiap solat sy berdoa utk dia supaya lembut ati tu. Sy meluah sbb sy inginkan pendapat ikhlas dr kwn2 krt. Sy x nak libatkan keluarga…biar sy sendiri tanggung..sedih kecewa geram sy sorg je yg tahu..sy ada jugak ckp kat suami. Kalau xnak berubah paling lama sy stay sampai tahun ni je.

Sy tahu x baik cakap mcmtu. Tapi sampai bila nak kena bersabar dan tahan? Bila sy keluar dgn kawan2.. diorang cerita suami mcmni mcm itu sy jd cemburu + sedih ( tp sy xbgtau la kt kwn2)..nak jugak macam tu..sy ni mcm mengharap suami sy layan sy dgn ikhlas mcm pasangan lain..Sy bukan nak sentiasa ditabur duit ( suami mmg sentiasa bg duit walau xbyk sentiasa dia bg) cuma kasih syg ikhlas dr suami sy je..nak rasa dihargai bila sbg isteri yg jaga semua kelengkapan suami..sy tahu sy pon x sempurna.. Sy harap kwn2 mendoakn kebhgiaan umahtangga sy dan suami. .selagi boleh bersabar sy sabar jela…😢 selamat berpuasa…

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.