Home / Artikel / 5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Tak kiralah betapa hebat sekalipun atau berapa banyak anugerah sekalipun yang berjaya dirangkul, setiap pemain bola sepak menyimpan cita-cita untuk beraksi di pentas kejohanan bola sepak paling berprestij, iaitu Piala Dunia.Dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1930 di Uruguay yang hanya disertai 13 negara sahaja, kini Piala Dunia menjadi acara 4 tahun sekali yang sangat dinantikan semua peminat.

Namun, terdapat ramai pemain-pemain ternama dunia yang hanya mampu menonton dari kaca TV seperti mana peminat bola sepak lain kerana tidak berpeluang beraksi.

Kami ingin kongsikan antara 5 pemain bola sepak terkemuka dunia yang tak pernah bermain di Piala Dunia.

1. Ryan Giggs – Wales
5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia
Ryan Giggs adalah pemain yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris namun penghormatan ini datang daripada karier kelab yang sangat mengagumkan bersama Manchester United.

Kerjaya antarabangsanya bermula dengan England Schoolboys namun dia tak pernah layak menyertai pasukan kebangsaan England.

Walaupun begitu, Giggs berkata beliau sanggup terlepas peluang untuk bermain di kejohanan utama dunia daripada bermain untuk kelab yang mana bukan negara kelahirannya dan tiada kena mengena dengan ibu bapanya.

Pemain tengah berbisa ini membuat penampilan pertama bersama Wales menentang Jerman pada tahun 1991.

Beliau merupakan pemain termuda ketika itu yang mewakili Wales, pada usia 17 tahun 321 hari.

Pada tahun 1994, Wales hampir-hampir berjaya layak ke Piala Dunia. Dalam perlawanan penentuan kelayakan menentang Romania, Wales perlukan kemenangan.

Dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1, Paul Bodin gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Romania memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1, sekali gus melenyapkan harapan Giggs untuk beraksi di Piala Dunia.

2. Gareth Bale – Wales

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia
Bintang Real Madrid, Gareth Bale adalah antara pemain terhebat generasi kini yang masih belum berpeluang beraksi di pentas Piala Dunia.

Pemain ini menjaringkan 4 gol ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 namun Wales berada di tangga ke-5 kumpulan dan tempat ke-3 kumpulan pada kelayakan 2018.

Bale adalah pemain termuda yang pernah bermain dengan skuad senior Wales iaitu pada usia 16 tahun 315 hari dan juga pemain termuda yang pernah menjaringkan gol untuk Wales.

Walaupun pernah memenangi liga paling berprestij di dunia iaitu Liga-Liga Juara Eropah sebanyak 4 kali bersama Real Madrid, Bale sedikit ketinggalan kerana tidak pernah beraksi di Piala Dunia, apatah lagi untuk menjulang trofi paling diidamkan itu.

Namun, Bale adalah satu-satunya pemain yang masih berpeluang untuk bermain di Piala Dunia dalam senarai ini.

3. George Best – Ireland Utara
5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Sudah tentunya ramai yang tahu bahawa George Best seakan-akan mempunyai magik di kakinya, namun tak berdaya untuk membawa pasukan Ireland Utara ke pentas Piala Dunia ketika masih aktif bermain.

George bermain untuk Manchester United, dan membuat 37 penampilan bersama pasukan Ireland Utara, menjaringkan 9 gol.

Ketika Piala Dunia 1982 berlangsung di Sepanyol, Ireland Utara berjaya melayakkan diri, namun George yang berusia 36 tahun ketika itu tidak turut sama.

Pengurus pasukan ketika itu, Billy Bingham ingin membawa George bersama-sama ke Sepanyol namun ia tidak berlaku.

George dikatakan bermasalah kerana berhadapan dengan masalah alkohol.

4. Eric Cantona – Perancis

5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia

Sikap panas baran Eric Cantona membuatkan beliau terlepas untuk bermain bersama pasukan Perancis untuk tempoh yang lama dan membuatkannya terlepas daripada beraksi di Piala Dunia.

Selepas menghina ketua jurulatih Henri Michel dengan berkata “piece of shit” kerana menggugurkannya daripada skuad kebangsaan ketika peringkat kelayakan Piala Dunia 1990, Cantona digantung daripada bermain mana-mana perlawanan antarabangsa.

Cantona kembali pada kempen kelayakan 1994 dan dengan hanya berbaki dua perlawanan di tempat sendiri, Perancis hanya memerlukan 1 mata untuk mengesahkan tempat di Piala Dunia Amerika Syarikat.

Malangnya, Perancis tewas dalam kedua-dua perlawanan tersebut kepada Israel dan Bulgaria.

Beliau menerima layanan yang baik dan beraksi dengan cemerlang ketika di bawah pimpinan Michel Platini dan Gerard Houllier.

Namun, selepas insiden di mana Cantona telah melakukan “flying kick” kepada seorang penonton, dia tersisih daripada Piala Dunia 1998 disebabkan oleh kehadiran Zinedine Zidane.

5. George Weah – Liberia
5 Legenda Bola Sepak Yang Tidak Pernah Bermain Di Piala Dunia
Pemain bola sepak terbaik Afrika, George Weah, juga mengalami nasib yang sama iaitu tidak pernah berpeluang bermain di Piala Dunia.

Namun, ia tidak begitu mengejutkan kerana Weah bermain untuk Liberia, pasukan yang tak pernah layak ke Piala Dunia, dan hanya layak sebanyak 2 kali dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika iaitu pada tahun 1996 dan 2002.

Weah mempunyai 60 cap bersama Liberia dengan 22 jaringan.

Beliau bukan sahaja pemain yang hebat tetapi juga menjadi jurulatih pada satu ketika dan menjadi penaja kewangan bagi pasukan ini.

Apa yang terlepas dalam Piala Dunia dilihat di padang-padang di Eropah. Weah memenangi Pemain Terbaik Dunia pada tahun 1995 iaitu pemain bukan dari Eropah yang pertama memenangi anugerah ini.

Beliau juga satu-satunya pemain Afrika yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or, dan dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1989, 1994 dan 1995.

Arsene Wenger membawa Weah ke Eropah pada tahun 1988 ketika dia masih bersama Monaco.

Dalam 14 tahun kariernya, Weah bermain untuk pasukan-pasukan di Perancis, Itali dan England.

Beliau memenangi Lique 1 dengan PSG dan membawa pulang anugerah Kasut Emas di Liga Juara-Juara Eropah 1994.

Weah dinamakan oleh Pele dalam senarai 100 pemain hidup terhebat di dunia.

Kini, George Weah adalah Presiden Liberia yang ke-25.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia