Home / Artikel / 5 Kes Pembunuhan Yang Masih Menjadi Misteri Sehingga Kini

5 Kes Pembunuhan Yang Masih Menjadi Misteri Sehingga Kini

Setiap kali terdengar cerita pembunuhan yang kejam dan memilukan, kita pasti inginkan keadilan terhadap kes-kes tersebut. Kita mesti berharap pesalah akan ditangkap dan diheret ke muka pengadilan. Baru puas hati!

Tapi malangnya terdapat juga kes pembunuhan yang kekal misteri dan menemui jalan buntu sehinga bertahun tahun lamanya. Berikut adalah 5 kes yang pernah menggemparkan Malaysia namun tidak menjumpai jalan penyelesaian yang sepatutnya.

1. Noritta Samsuddin

Gadis berusia 22 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah dengan kerjaya sebagai seorang eksekutif pemasaran dan peragawati sambilan, namun kisah hidupnya tak berakhir dengan indah.

Pada 3 Disember 2005, mayat gadis malang ini ditemui oleh dua orang rakan serumah yang hairan melihat keadaan rumah mereka yang gelap. Lebih memeranjatkan apabila dorang berdua jumpa Noritta dalam keadaan terlentang dengan kepalanya ditutupi selimut serta tangan dan kakinya diikat ke belakang setelah membuka pintu bilik mangsa.

Mangsa mati dalam keadaan bogel dengan lehernya dijerut sarung bantal manakala tangan serta kakinya diikat dengan wayar seterika di rumah kondominiumnya di Sri Hartamas. Polis turut suspect mangsa telah dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.

Hanif Basree yang masa tu mempunyai hubungan mesra dengan Noritta telah ditangkap sebagai suspek utama dalam kes tersebut. Tapi dia dibebaskan kerana alasan kurang bukti selain turut terdapat desas-desus cerita yang mengaibkan mengenai kehidupan peribadi mangsa.

Hasil autopsi pakar forensik membongkarkan bahawa mangsa mungkin dibunuh oleh beberapa lelaki kerana terdapat takungan air mani yang banyak.

2. Jean Perera Sinappa

Gempar satu Malaysia pada 6 April 1979 apabila bekas ratu cantik merangkap seorang guru telah dijumpai berlumuran darah di dalam kereta dengan kesan tikaman.

Abang iparnya, Karthigesu Sivapakiam ditemui tidak sedarkan diri di belakang kereta dan kejadian ini berlaku di tepi Lebuhraya Persekutuan berhampiran selekoh menghala ke Lapangan Terbang Subang.

Mangsa dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan abang iparnya itu selepas kematian suaminya 4 bulan sebelumnya. Pada masa yang sama, Jean turut bermain cinta dengan seorang doktor yang sudah berkeluarga dari Sri Lanka, Dr. Narada Warnasurya.

Karthigesu beria-ia mendakwa dia sedang membuang air kecil di tepi jalan sebelum dipukul dari belakang. Ye ke ni?

Hasil siasatan polis bagaimanapun membawa kepada spekulasi bahawa suspek telah membunuh mangsa akibat cemburu dengan hubungan cintanya bersama doktor tersebut dan ada kemungkinan lain yang suspek sebenarnya ingin membalas dendam bagi pihak abangnya.

Karthigesu Sivapakiam

Setelah mendengar keputusan juri selepas 38 hari perbicaraan, hukuman gantung sampai mati telah dijatuhkan ke atas Karthigesu. Namun tetiba, seorang saksi, Jayatilake telah tampil dan mengaku bahawa dia banyak menipu semasa memberi keterangan sebagai saksi.

Selepas dua tahun meringkuk dalam penjara, Karthigesu dilepaskan manakala Jayatilake yang mengaku menipu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Jayatilake mati dalam tahanan selepas 2 tahun menjalani hukumannya.

3. Hasleza Ishak

Pada Oktober 2002, isteri kedua kepada Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Dihilir Perak telah dijumpai mati dicekik dan dipercayai dicampak dari jambatan berdekatan Jalan Sumpitan, Taiping.

Hasleza Ishak, seorang pelakon dan model kali terakhir dilihat menaiki kereta Proton Saga berwarna perang yang mempunyai pelekat polis.

Apabila disiasat, petunjuk membawa kepada isteri pertama Raja Dihilir Perak iaitu Raja Nor Mahani. Beliau dikatakan dah mendapatkan khidmat bomoh untuk buang jampi yang dikenakan terhadap suaminya sehingga jadikan lelaki tu dingin terhadap Raja Nor Mahani.

Selain itu, si isteri pertama juga mengaku mula mendapat ruam-ruam, memuntahkan kristal dan banyak kejadian pelik yang berlaku di persekitaran istana.

Lima suspek ditahan termasuk dua orang bomoh bagi membantu siasatan. Salah seorang bomoh tersebut membuka cerita bahawa Raja Nor Mahani lah mastermind sebenar di sebalik pembunuhan itu tapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.

Raja Nor Mahani terlepas daripada tuduhan manakala seorang bomoh dan seorang pembantu istana telah dipenjarakan. Ingat dah selesai rupanya mereka dilepaskan tidak lama selepas itu atas alasan kekurangan bukti.

4. Audrey Melissa Bathinathan

Pada tahun 90-an, terowong bawah tanah dari Dayabumi ke Masjid Negara memang menjadi tumpuan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Perempuan Methodist sebab ianya jalan shortcut.

Audrey Melissa Bathinathan, 17 juga tidak terlepas daripada menjadi pengguna setia laluan tu dan pengakhiran hidupnya juga berakhir di situ pada 18 Mei 1999.

Tinggal bersama ibunya, Margaret akan sentiasa call telefon rumah pada waktu tengahari untuk memastikan Audrey tidak melencong ke tempat lain sehinggalah pada suatu hari tu panggilannya tidak berjawab.

Ibunya makin frust apabila anak perempuannya itu masih tak ada kat rumah setelah dia pulang dari tempat kerjanya pada lewat petang.

Margaret menghubungi ahli keluarga terdekatnya di sekitar Kuala Lumpur bagi meminta bantuan. Harapannya musnah apabila guru besar sekolah anaknya melaporkan yang mayat anaknya telah dijumpai berdekatan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Kinabalu.

Hasil laporan forensik mendapati luka di kepala Audrey seperti dihentak dengan batu selain dia dirogol sebelum dicekik sehingga mati dan mayatnya dicampak di tepi pencawang tersebut.

Lebih mengejutkan ialah laporan bedah siasat mendapati terdapat dua kemungkinan yang berlaku sebelum mangsa mati.

Sama ada mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selama 20 jam sebelum dicekik ataupun penyerang telah menyembunyikan mangsa dalam keadaan masih hidup selama 20 jam sebelum mencekiknya.

Ada beberapa suspek yang merupakan penagih dadah berkeliaran di kawasan tersebut tapi boleh pulak dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh.

5. Nurin Jazlin

Pada 20 Ogos 2007, seorang kanak-kanak comel pergi ke pasar malam seorang diri kerana ingin membeli klip rambut favouritenya. Namun tiada siapa sangka, itulah kali terakhir keluarga bertemu dengan Nurin.

Mengikut statement sepupunya sendiri, kali terakhir Nurin dilihat ketika dia ditarik memasuki satu van putih. Pihak polis berusaha mencari bukti bagi menyelamatkan mangsa yang dipercayai masih hidup.

Pada 17 September 2007, satu beg sukan ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya. Speechless habis apabila terdapat mayat seorang kanak-kanak perempuan yang disumbat di dalam beg tersebut.

Sebiji timun dan terung disumbat ke dalam kemaluan kanak-kanak tu sehingga menyebabkan rektumnya pecah dan mangsa akhirnya meninggal kerana jangkitan kuman.

Lebih menyayat hati apabila selepas bedah siasat dilakukan, beberapa tulang badannya patah dipercayai berlaku ketika mangsa cuba disumbat masuk di dalam beg sukan tersebut.

Setelah dua kali melakukan pengecaman, ibu bapa Nurin berkeras bahawa kanak-kanak dalam beg tersebut bukanlah anak mereka tapi pengesahan DNA membuktikan sebaliknya.

4 lelaki dan seorang perempuan ditahan susulan itu namun kerana kurang bukti, mereka akhirnya dilepaskan.

Satu rakaman CCTV berdekatan dengan deretan rumah kedai di Petaling Jaya telah dikeluarkan oleh pihak polis, lokasi di mana beg sukan yang mengandungi mayat Nurin dijumpai. Rakaman itu bagaimanapun itu tidak dapat memberi lebih klu kerana kabur dan tidak jelas.

Semoga satu hari nanti kes-kes ni dapat keadilan yang sewajarnya!

Comments

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia