Home / Artikel / 5 Kelengkapan Rumah Dari Beko Yang Super Canggih Ni Korang Wajib Ada!

5 Kelengkapan Rumah Dari Beko Yang Super Canggih Ni Korang Wajib Ada!

Gaya Hidup

Tak dinafikan ramai antara kita yang memanfaatkan kemudahan teknologi seperti inovasi kelengkapan rumah untuk kesenangan hidup. Bukan apa, bila ada kelengkapan rumah ni, semua kerja rumah jadi senang! Masa, duit dan tenaga pun jimat! Masa yang ada tu boleh diluangkan bersama keluarga tersayang…

Kalau korang sedang berfikir-fikir untuk membeli kelengkapan rumah, apa kata jadikan jenama Beko sebagai ‘partner‘ harian untuk memudahkan kerja-kerja di rumah?

Beko bukan saja syarikat pengeluar kelengkapan rumah, malah jenama ini memahami keperluan pengguna dan setakat ini mereka sudah berjaya menyediakan penyelesaian kepada pengguna di lebih 130 negara dengan fungsi hebat mereka yang tersendiri tau!

Amacam? Senang kan nak settle kerja rumah dengan bantuan Beko? Jom beli satu! Sebelum tu, jom tengok apa antara kelengkapan rumah Beko yang ada di pasaran…

Peti sejuk antara kelengkapan rumah yang wajib ada kat rumah. Macam mana nak simpan makanan leftover atau bahan basah kalau takde peti sejuk kan? Beko ada peti sejuk dilengkapi fungsi hebat untuk kemudahan korang… Jom kita tengok fungsi apa yang ada!

Dengan fungsi NeoFrost, ia berupaya menyejukkan makanan 2 kali lebih pantas dan mampu mengasingkan bau antara ruang peti sejuk dan peti beku. Selain itu, ia turut dilengkapi fungsi Everfresh+ yang mampu mengekalkan kesegaran buah dan sayur sehingga 30 hari!

Peti sejuk ini juga dilengkapi fungsi Active Fresh Blue Light yang mampu mensimulasikan cahaya semulajadi bagi memastikan proses fotosintesis diteruskan dalam peti sejuk dan melindungi manfaat Vitamin C dalam sayur-sayuran tau! Hebat tak?

Bila dah duduk rumah sendiri, larat ke korang nak ulang alik dobi tiap minggu semata-mata untuk basuh baju? Baik beli satu mesin basuh kat rumah, nak basuh baju bila-bila masa pun takda masalah! Jimat duit, masa, air dan tenaga.

Beko pun ada keluarkan mesin basuh dengan fungsi dan ciri tersendiri mengikut keutamaan korang! Antara ciri yang ada adalah Aquawave System yang mampu menjaga keadaan fabrik korang. Ia membersih secara lembut tapi bersih dan sempurna yang sesuai untuk semua jenis fabrik. Jadi, semua pakaian korang akan tahan lama!

Selain itu, ia turut dilengkapi fungsi Daily Xpress yang mampu menjimatkan masa sebab ia boleh membasuh muatan penuh dalam 28 minit pada suhu 30 darjah celcius. Cepat kan?

Mesin basuh Beko ni juga dilengkapi fungsi Steam Therapy yang mampu mengurangkan bau, kedutan pada pakaian sehingga 58% dan masa menggosok sehingga 28%!

Bila dah basuh baju, mesti korang nak cepat kering kan? Nak jemur bawah cahaya matahari ambik masa jugak. Kalau tiba-tiba hujan macam mana? Jemur baju lama-lama pun tak digalakkan sebab nanti habuk banyak melekat akibat pencemaran udara!

Jadi, baik dapatkan pengering Beko untuk rumah korang. Malah, diorang ada keluarkan mesin basuh dengan pengering dalam satu mesin tau!

Pengering keluaran Beko mendapat kelulusan dari Allergy UK dan disertakan fungsi Baby Protect yang direka khas untuk pakaian yang memerlukan penjagaan khusus seperti pakaian bayi atau pakaian untuk mereka dengan kulit sensitif.

Untuk korang yang nak mesin basuh dan pengering dalam satu mesin, boleh dapatkan model Wash & Wear. Ia berupaya membasuh dan seterusnya mengeringkan pada suhu tinggi untuk membunuh bakteria dengan hanya 40 minit untuk basuhan 1KG tau! Cepat kan?

Dah alang-alang ada rumah sendiri, siapa tak nak dapur yang cantik dan dilengkapi peralatan untuk memasak yang canggih kan? Baru datang mood nak memasak gitu… Beko ada beberapa jenis kelengkapan dapur yang canggih!

Dapur elektrik yang boleh mengesan saiz kuali dan periuk

Dapur elektrik Beko dilengkapi fungsi IndyFlex yang mampu mengesan saiz kuali dan periuk secara automatik serta melaraskan ruang memasak dengan sendiri. Korang boleh masak lauk dalam 2 periuk besar dan 8 periuk kecil dalam satu masa tau!

Ketuhar yang boleh ‘bersih sendiri’

Ketuhar Beko pula dilengkapi teknologi Pyrolytic Self Cleaning yang mampu dipanaskan sehingga 480 darjah celcius dan menukarkan kotoran degil kepada abu. Lepas tu, korang boleh lap dengan senang. Tak payah pakai peluntur dan serbuk soda, jimat duit!

Dah makan, mesti korang kena cuci pinggan kan? Kalau banyak kotoran degil, susahnya nak basuh! Apa kata dapatkan mesin pencuci pinggan dari Beko yang dilengkapi fungsi canggih. Memang kami kagum dengan dua ciri ni.

IonGuard

Fungsi yang ada pada mesin pencuci pinggan Beko ni mampu meneutralkan bau busuk tanpa menggunakan gas atau bahan kimia bahaya. Selain melepaskan ion negatif yang berputar di dalam mesin, ia juga jimat tenaga dan mampu membersihkan udara di dalamnya!

AquaIntense

Fungsi ini memberikan pusingan 180 sehingga 360 darjah bagi membolehkan air sampai ke setiap celah dan sisi pinggan, cawan, mangkuk serta sebagainya. Yang pasti, korang akan dapat hasil basuhan pinggan 5 kali lebih bersih dan menjimatkan masa sebab tak perlu basuh guna tangan lagi!

Bila korang dapatkan kelengkapan atau perkakas rumah dari Beko yang kami senaraikan kat atas tadi, confirm korang dah tak merungut bila nak settlekan kerja rumah. Senang je hidup lepas ni! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Beko.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia