Home / Artikel / 5 Fhoto Mira Filzah Dikecam Kerana Pakaian Semakin Ketat Menampakkan Susuk Badan?

5 Fhoto Mira Filzah Dikecam Kerana Pakaian Semakin Ketat Menampakkan Susuk Badan?

Semenjak akhir-akhir ini, Mira Filzah selalu dikritik oleh netizen kerana gaya serta pemilihan pakaian Mira yang dianggap semakin ketat dan dilihat tidak sesuai dengan imej wanita muslimah. Mira yang enggan mengambil peduli kata-kata negatif yang dilemparkan, Mira berkata dia masih tahu dan menjaga etika pemakaiannya.

“Bila bercakap soal netizen kita tidak boleh kawal, kadang-kadang benda simple pun saya pernah nampak mereka komen. Jadi apa yang saya nampak benda yang kita buat betul pun salah, ada antara mereka menegur cara positif dan ada setengahnya berunsur kecaman.

“Yang negatif tidak perlu nak ambil kira sangat. As for me, I know what I’m doing, saya masih lagi menjaga jaga batas. Tidak adalah keterlaluan, bergantung kepada situasi. Kalau baju longgar mungkin tudung tu akan ke atas sikit, kalau baju ketat saya akan labuhkan tudung, kebanyakkannya begitu,” jelas Mira Filzah kepada Astro Gempak.

Kata Mira lagi, dia menerima nasihat yang diberikan kepadanya jika teguran yang itu berbentuk positif. Ujarnya lagi, dia akan memadam mana-mana komen netizen berbaur kecaman di media sosialnya.

“Komen memang saya ada baca, mana yang kita rasa betul kita ambillah untuk memperbaiki pada masa akan datang. Tapi yang mana berunsur kecaman tu kita padam jugalah sebab kadang-kadang saya nampak yang memberikan komen ini muda lagi.

“Belasan tahun yang mungkin dia sendiri tidak bertudung, jadi kita tak tahu betul atau tidak sebenarnya niat dia untuk komen itu ikhlas atau pun berunsur kecaman. Mana komen yang positif kita ambil dan muhasabah diri. As time goes by kita cubalah perbaiki pada masa akan datang”, tambah Mira Filzah.

kami berharap agar netizen tidak mengecam Mira Filzah dengan sesuka hati. Tidak semestinya wanita muslimah tidak boleh berfesyen. Mudah-mudahan Mira Filzah terus cekal dan tabah dengan kecaman yang diterima.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia