Home / Artikel / 5 Fakta Penting Pemergian Saleem Yang Akan Sentiasa Diingati

5 Fakta Penting Pemergian Saleem Yang Akan Sentiasa Diingati

Di usianya yang ke 56 tahun, penyanyi lagenda Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abd Majeed menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

5 Perihal Disebalik Pemergian Saleem Iklim

Usai itu, rata-rara peminat dan juga rakan artis turut menitipkan doa dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Rentetan atas pemergian penyanyi ini, Hangat.com rangkumkan 5 perihal disebalik kehilangan besar penyanyi ini.

5Meninggal Akibat Kecederaan Dalaman



Terdahulu, Allahyarham Saleem terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya membabitkan motorsikal yang ditunggangnya. Akibat kemalangan itu, 12 tulang rusuk penyanyi itu patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru. Jenazah penyanyi itu selamat dikebumikan pada tengahari semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras.

 

4Sempat Keluar Dari Hospital Selama 6 Hari



Menurut sumber media tempatan, Allahyarham sempat pulang ke rumah setelah mendapat keizinan doktor memandangkan keadaannya beransur pulih pada 2 Oktober yang lalu. Akan tetapi pada 9 Oktober, Saleem dikejarkan semula ke hospital akibat kesihatannya dilihat semakin merosot.

 

3Berita Pemergian Saleem Dapat Liputan Meluas

 

Benar, berita pemergian Saleem bukan sahaja mendapat liputan meluas dari media tempatan. Bahkan media di Indonesia, Singapura dan Brunei turut menyiarkan khabar berita yang mendukakan ini.

 

2Peminat Di Indonesia Menangisi Pemergian Saleem

 

Siapa sangka bukan sahaja peminat di tanah air menangisi pemergian Saleem malah peminat-peminatnya di Indonesia turut menyifatkan berita pemergian Allahyarham seperti satu kehilangan yang besar.

Dikhabarkan, lagu hitsnya, Suci Dalam Debu telah terjual lebih dari 400 ribu cetakan di Indonesia, dua kali ganda lebih banyak dari tanah air.

 

1Status Terakhir Dihujani Doa Dan Ucapan Takziah

 

6 September 2018 adalah statusnya yang terakhir di Instagram sambil mempelawa peminat untuk membeli tiket konsertnya. Kini postingnya yang terakhir itu dihujani doa dan ucapan takziah buat penyanyi kesayangan ramai ini. Al-Fatihah.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia