Home / Artikel / 4 Fakta Kekayaan Pablo Escobar Yang Ramai Tidak Tahu

4 Fakta Kekayaan Pablo Escobar Yang Ramai Tidak Tahu

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Masihkah anda ingat dengan review Hangat.com mengenai filem yang diangkat dari kisah benar, American Made yang dilakonkan oleh Tom Cruise yang direkrut menjadi anggota CIA dan ditugaskan untuk menyamar menjadi pengedar buat raja dadah,Pablo Escobar. Ramai yang tidak tahu siapakah Pablo Escobar sebenarnya. Dengan itu, Hangat.com bawakan 4 fakta ini yang mungkin anda tidak tahu

1. Setengah Kekayaannya Telah Disembunyikan

Menurut abang Pablo, Roberto Escobar untuk menyembunyikan kekayaannya beliau telah menggali lubang di kawasan pertanian Colombia untuk menyelesaikan masalahnya. Dianggarkan, kekayaannya itu berjumlah 20% dari duit 100 dollar Amerika yang dihasilkan yang juga bersamaan nilai lebih dari 14 buah Menara Berkembar Petronas!

2. Escobar Bawa Duit Di Dalam Kapal Terbang Ke Colombia

Dengan kapal terbang kecil, Escobar telah terbangkan duitnya berjumlah lebih dari $10 million duit hasil dadah dari Amerika terus ke Colombia.Suatu ketika dahulu, Escobar dikenali sebagai salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya di dunia.

3. Hanya 0.3% dari Kekayaan Escobar berjaya dijumpai

Hanya jumpa $100 million harta milik Escobar yang dianggarkan berjumlah 0.3% dari empayar miliknya! Bayangkan 99.7% harta miliknya masih lagi berada di luar sana dan berkemungkinan berada di bawah tanah mahupun di celahan dinding. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Roberto Escobar di dalam bukunya, The Accountant’s Story: Inside the Violent World of the Medellin Cartel.

4. Mempunyai Kawasan Perumahan Bersempena Namanya

Dalam masa yang sama. Escobar turut membina kawasan perumahan yang meliputi 1000 buah rumah yang dinamakan Barrio Pablo Escobar. Malah beliau turut membekalkan motorsikal, pistol dan duit kepada orang miskin dan kanak – kanak yang terbuang. Disini, beliau berjaya meraih pengikutnya yang setia serta membantunya menyembunyikan wang-wang yang diperolehi.


Masih banyak fakta yang bakal dirungkai mengenai Pablo Escobar ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda bolehlah menonton dokumentari khas mengenai beliau pada Ahad ini jam 9 malam di Discovery Channel (Astro 551).

Incoming search terms:

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *