Home / Artikel / [3 GAMBAR] Kilafairy Jawab Isu Pakaian Seksi & Gairah Menampakkan Susuk Badan!

[3 GAMBAR] Kilafairy Jawab Isu Pakaian Seksi & Gairah Menampakkan Susuk Badan!

Rentetan isu Kilafairy dikecam kerana “belanja aset” pada minggu lepas, Kilafairy menegaskan tiada apa yang boleh dilakukan untuk menutup mulut orang ramai daripada berkata-kata buruk mengenainya.

Pelakon serta penyanyi itu yang merupakan anak kepada penyanyi legenda Rohana Jalil itu memberitahu dia enggan mengambil pusing komen negatif netizen di media sosialnya.

“Semua benda saya buat orang kata nak tayang aset, pakai baju besar pun orang masih fokus kepada sudut-sudut seksual. Jadi, saya tak boleh buat apa-apapun sebab orang akan tetap bercakap. Saya hanya jadi diri sendiri.

“Walaupun pakai baju kurung sekali pun, orang masih nak kecam saya. Keluarga saya terutama Papa sentiasa menjaga cara berpakaian, seksi-seksi memang tak boleh. Jadi saya ikut guideline yang keluarga tetapkan.

“Orang lain nak cakap apa, cakaplah! Yang saya tahu saya masih menjaga maruah keluarga saya, itu paling penting,” kata Kilafairy yang menjelaskan dia sentiasa menjaga batas dan mengikut garis panduan berpakaian yang ditetapkan keluarganya kepada Astro gempak.

Baru-baru ini Kilafairy menjadi mangsa buli siber apabila posting mempromosi produk penjagaan wanita menjadi medan netizen mengecam pakaiannya.  Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal muncul dengan single terbaharu dan melancarkan produk terbaharu Kilafit di Singapura pada Disember ini.

Hangat.com berharap agar Kilafairy tabah dengan kecaman dari netizen. Bagi Hangat.com mungkin mereka ni semua cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh Kilafairy, betul ke idoookk?? :p

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms:

kerja kosong malaysia