Home / Artikel / 3 GAMBAR: Google Street View Rakam Imej Hantu Di Tanah Perkuburan

3 GAMBAR: Google Street View Rakam Imej Hantu Di Tanah Perkuburan

Google Street View Rakam Imej Hantu Di Tanah Perkuburan

KITA sering dimomokkan dengan objek aneh yang dilihat di luar pandangan kita secara langsung, atau kemunculan kelibat misteri.

Kini sebuah klip menakutkan segelintir netizen yang mendakwa ia kelihatan seperti hantu kanak-kanak bersembunyi di kawasan perkuburan.

Menerusi sebuah video yang mengambil klip aplikasi peta Google Maps Street View di Perkuburan Martha Chapel di Texas, Amerika Syarikat (AS), merakamkan dua imej ‘hantu’.

Imej pertama menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berselindung di sebalik sebatang pokok dengan hanya menampakkan mukanya sahaja.

Imej seorang kanak-kanak perempuan bersembunyi di sebalik sebatang pokok.

Satu lagi imej menunjukkan seorang lelaki misteri yang dapat dilihat dari jauh di antara batu nisan.

Video tersebut ditonton di YouTube lebih 22,000 kali, dan segelintir netizen menyifatkan imej tersebut sebagai fenomena ghaib.

Imej misteri di antara batu nisan.

Seorang netizen memberi komen: “Imej pertama seperti mahu membuktikkan sesuatu.”

Seorang lagi berkata: “Mungkin ia seorang mangsa pembunuh atau meninggal dunia akibat kemalangan, menyebabkan rohnya tidak tenteram.”

Malah, terdapat netizen yang berasa skeptikal terhadap video tersebut, dengan seorang memberi komen “meh”, manakala yang lain menyifatkan imej misteri tersebut hanya sehelai daun.
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms: