Home / Artikel / 10 Gambar Fitri Aprinasari, Kini Sah Jadi Tunangan Anak Najib. Bukan Biasa-biasa!

10 Gambar Fitri Aprinasari, Kini Sah Jadi Tunangan Anak Najib. Bukan Biasa-biasa!

Nazifuddin Najib iaitu anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar pada 4 Mei lalu.

Foto: FMT

Seperti yang dilaporkan oleh FMT, majlis pertunangan Nazifuddin Najib, 32 tahun, dan Fitri Aprinasari Utami, 25 tahun, yang juga merupakan anak kepada ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi itu diadakan di sebuah hotel di Jakarta.

Sudah semestinya, ramai yang tertanya bagaimana wajah wanita yang menjadi pilihan Nazifuffin ini. kami ingin kongsikan 10 foto Fitri Aprinasari yang begitu jelita dan memiliki raut wajah yang sangat ayu.

Pada majlis pertunangan tersebut, Fitri Aprinasari kelihatan sangat berseri dan cantik sekali dalam persalinan busana tradisional berona merah hati bersama Nazifuddin yang menyarung persalinan lengkap Baju Melayu berwarna sedondon.

Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Seperti yang dilaporkan,  pasangan ini merancang melangsungkan perkahwinan pada Disember ini.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia