Home / Artikel / 10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu!

10 Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Wajib Tahu!

Korang tahu tak? Perempuan boleh jadi seorang yang sangat penyayang dan kadang-kadang dia boleh jadi seorang yang menggerunkan juga macam harimau. Hahaha. Korang jangan cepat menghukum diaorang pula. Sudah menjadi lumrah perempuan dilahirkan sebagai seorang insan yang penuh dengan emosi. Ya, betul tu!

Wahai lelaki, percayalah tak susah sebenarnya nak deal dengan kaum perempuan ni. Apa yang penting adalah korang kena betul-betul faham naluri dan sifat sebenar diaorang, barulah korang tak anggap perempuan ni sejenis yang merimaskan. Betul tak, girls? Disini, admin OH! MEDIA nak share 10 fakta menarik tentang perempuan. Korang yang laki take note, okay guys?

1. Perempuan sukakan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka. Kaum lelaki, pujilah diaorang cantik ke comel ke okay? Mesti diaorang suka. Percayalah cakap admin.

2. Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila diaorang tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni, diaorang boleh bertukar jadi Hulk tau! Hehehehe

3. Jangan lupa birthday perempuan sebab diaorang sentiasa tunggu wish “Happy Birthday” daripada orang yang dia sayang terutamanya korang lah. Walaupun tak ada hadiah pun tak apa. Kalau korang ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan diaorang mesti akan rasa sangat dihargai.

4. Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Tarikh dan masa pun diaorang boleh ingat. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, diaorang akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau diaorang ungkit kisah lalu lima tahun lepas hahaha.

5. Walaupun tengah sedih, perempuan akan tetap senyum. Diaorang ni lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain. Kalau korang tanya dia okay, tapi dia jawab okay juga, bermakna dia tak okay lah tu.

6. Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab diaorang sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan diaorang, mulalah fikir yang bukan-bukan. Betul tak? Macam-macam diaorang boleh fikir pasal korang. Dekat sini lah keluar cerita yang korang dah tak sayangkan diaorang lagi.

7. Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua untuk lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti tu telah melebihi segala-galanya. So take note guys. Jangan buat hal!

8. Air mata adalah senjata utama perempuan. Korang marah sikit je, diaorang akan mudah menangis. Diaorang ni manja sebenarnya.

9. Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk. Kadang-kadang kalau jumpa diaorang lepas tu marah-marah korang, cuba bawa diaorang pergi tempat makan. Mesti dah okay sebab biasanya diaorang lapar, diaorang akan jadi macam tu.

10. Bila perempuan mula cemburu, diaorang boleh jadi sehebat Detective Conan tau tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun diaorang ni siasat hahahaha. Sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia